Restoran Sisik cipta jualan RM2.7 juta, hadirkan 150 hidangan istimewa untuk Bufet Ramadan 2025

DARI hanya 10 meja dengan jualan sukar mencapai lima ekor ikan sehari, kini Restoran Sisik berjaya menjual beratus-ratus ekor ikan setiap hari, dengan purata jualan tahunan mencecah RM2.7 juta pada tahun lalu.

Terletak di lokasi strategik atas bukit Kelab Shah Alam Selangor, Seksyen 13, restoran ini menjanjikan lebih 150 juadah enak untuk dinikmati pelanggan sepanjang bulan puasa.

Restoran Sisik terus mengukuhkan jenamanya dalam bidang perkhidmatan makanan dengan memperkenalkan Sisik Royal Buffet bersempena Ramadan tahun ini.

Dengan harga promosi serendah RM89 bagi tempahan awal sebelum 12 Februari 2025, pelanggan berpeluang menikmati hidangan istimewa seperti Patin Tempoyak Air Bukit, ikan bakar, kambing gril, gulai kawah, daging salai lemak, sotong dan udang goreng tepung, serta nasi kenduri.

Menurut Pengarah Urusan Restoran Sisik, Noralinda Norjaya, tawaran bufet ini adalah yang pertama sejak restoran tersebut beroperasi di Kelab Shah Alam dua tahun lalu.

“Pada Ramadan 2023, kami hanya mengambil tempahan awal, tetapi ramai pelanggan meminta kami menyediakan pakej bufet untuk keselesaan mereka.

“Lokasi ini sangat sesuai kerana ia lengkap dengan kawasan parkir luas, surau, dan tandas,” katanya.

Restoran Sisik bukan sekadar menyediakan makanan laut biasa, sebaliknya menawarkan konsep ikan bakar yang unik, membawa pengalaman seperti makan di tepi laut tetapi dalam suasana bandar.

Bufet Ramadan di Restoran Sisik bukan sekadar menawarkan pelbagai jenis makanan, tetapi juga mengekalkan konsep makanan yang dimasak segar (live cooking) dan disajikan terus kepada pelanggan.

Salah satu menu istimewa yang ditawarkan ialah Patin Tempoyak Air Bukit. Berbeza daripada patin biasa, ikan ini diternak sendiri oleh Sisik di Jerantut, Pahang, menggunakan sumber air terjun yang bersih.

“Kebanyakan restoran ikan bakar di pasaran berkonsepkan masakan Thailand, tetapi Sisik menampilkan gaya masakan Melayu dengan gabungan citarasa Negeri Sembilan dan Pahang.

“Kami memastikan makanan laut seperti ikan bakar siakap, sotong, udang dan kambing bakar disediakan panas-panas di hadapan pelanggan untuk mengekalkan kualiti dan keenakan hidangan.

“Menu spesial Patin Tempoyak air bukit ini pula lebih sedap daripada patin liar, isinya manis, tidak berbau lumpur, dan teksturnya lebih pejal,” tambahnya.

Bercerita tentang pengalamannya mengambil alih restoran milik rakannya, Restoran Sisik bermula sejak Julai 2013.

Tanpa pengalaman dalam industri makanan, Noralinda nekad meneruskan perniagaan tersebut bersama suaminya.

“Hari pertama berniaga, kami hanya memperoleh jualan sebanyak RM12.

“Tetapi saya tidak pernah kecewa, sebaliknya terus melakukan penambahbaikan berdasarkan maklum balas pelanggan,” katanya.

Antara juadah lain yang turut disediakan ialah nasi kenduri berhiaskan ayam merah dan jelatah, pelbagai lauk-pauk Melayu, aneka sambal, serta seleksi mi seperti laksa dan takoyaki. Selain itu, meja manisan dipenuhi dengan kuih-muih tradisional, kek, bubur manis, serta rojak buah.

Bagi mereka yang ingin menikmati Sisik Royal Buffet dengan harga promosi, tempahan awal sebelum 12 Februari 2025 hanya berharga RM89. Selepas tarikh itu, harga promo adalah RM97 sehingga sehari sebelum Ramadan, manakala harga asal untuk dewasa ialah RM119 dan kanak-kanak RM69.

Layari www.sisikmedanikanbakar.com untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Related Posts

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

INDEKS Kebahagiaan IPSOS 2025 mencatatkan Malaysia berada pada tahap kebahagiaan yang lebih tinggi berbanding tahap purata kebahagiaan global sekali gus mengatasi beberapa negara maju di Asia. Berdasarkan hasil tinjauan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia Airlines tambah 60 pesawat baharu

BOEING mengumumkan bahawa Malaysia Aviation Group membuat tempahan sehingga 60 pesawat Boeing 737 MAX, lapor agensi berita Jerman dpa. Tempahan itu merangkumi 18 jet 737-8 dan 12 jet 737-10, dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

  • By Fandi
  • March 22, 2025
Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha