Remaja meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman 

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki rebah semasa berada di tempat duduk penonton Stadium Darul Aman di sini ketika hadir bagi menyaksikan perlawanan Piala FA pasukan Kedah Darul Aman menentang Johor Darul Takzim petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, dalam kejadian jam 7 petang itu, remaja berusia 18 tahun tersebut dipercayai datang ke stadium bersama adiknya.

“Remaja itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa berada di tempat duduk penonton sebelum perlawanan bermula.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam yang bertugas di stadium untuk membawa remaja tersebut ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi menerima rawatan.

“Setiba di Zon Kecemasan HSB, pegawai perubatan mengesahkan remaja tersebut telah meninggal dunia pada jam 8.18 malam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Siti Nor Salawati berkata, hasil siasatan ke atas keluarganya mendapati remaja terbabit menghidap sakit jantung sejak kecil.

Katanya lagi, doktor yang merawat mengesahkan sebab kematian sebagai ‘Complex Cyanotic Heart Disease’ iaitu berkait sakit jantung yang dihidapi.

Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, tambahnya.

Related Posts

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan penambahan kemudahan sebanyak RM5 bilion di bawah skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menghadapi kesan krisis Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

KUALA LUMPUR – Kerjasama erat antara institusi kewangan tempatan dalam menyokong agenda nasional terus menjadi pemacu penting kepada kestabilan ekonomi Malaysia, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan akibat krisis Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan