Rekod prestasi GPS jadi sandaran rakyat Limbang terus beri mandat

LIMBANG – Keupayaan serta pencapaian Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menerajui pembangunan di Limbang dan seluruh Sarawak terus menjadi rekod penting dalam masyarakat, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat untuk mengekalkan sokongan kepada gabungan itu pada pilihan raya akan datang.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Kota, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, kestabilan politik dan dasar pembangunan yang konsisten di bawah pentadbiran GPS membuktikan keupayaan gabungan tersebut dalam mengurus negeri secara berkesan.

Menurut beliau, pelbagai inisiatif pembangunan infrastruktur, peningkatan kemudahan asas serta program kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan di Limbang adalah hasil perancangan berterusan kerajaan GPS, bukan usaha bermusim menjelang pilihan raya.

“Rekod perkhidmatan GPS ini jelas dan dapat dilihat sendiri oleh rakyat.

“Apa yang dilaksanakan hari ini adalah kesinambungan kepada dasar pembangunan yang dirancang sejak sekian lama demi manfaat masyarakat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa PBB sebagai tunjang GPS sentiasa turun padang mendengar keperluan rakyat dan memastikan setiap dasar yang digubal memberi impak langsung kepada komuniti setempat.

Dr. Abdul Rahman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Sukan PBB Bukit Kota di Dewan Kampung Bunga Raya, malam semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Daerah Limbang yang juga Ketua Pemuda PBB Cawangan Bukit Kota, Sufian Mohat.

Dalam pada itu, Dr. Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, pencapaian GPS sepanjang mentadbir Sarawak telah membina kepercayaan rakyat terhadap kemampuan gabungan itu untuk terus membawa kemajuan dan kestabilan.

Katanya, rekod tadbir urus yang berteraskan pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar menjadi asas kukuh untuk rakyat Limbang dan Sarawak terus memilih GPS sebagai kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16