Rehat sebentar bertukar tragedi, penunggang motosikal dirempuh 4WD

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut dalam keadaan menyayat hati apabila motosikal yang ditungganginya dipercayai sedang berhenti dan berehat di bahu jalan, dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dalam kejadian di Jalan Lahad Datu Bypass, Flyover Batu 6, di sini, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, dalam kenjadian kira-kira pukul 2.40 petang, mangsa berumur 42 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kenderaan 4WD yang dipandu lelaki berumur 34 tahun bersama dua penumpang wanita dan seoran kanak-kanak masing-masing berumur 42, 56 dan 11 tahun itu dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri lalu melanggar motosikal mangsa yang berada di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Lahad Datu, Inspektor Jafri Junat di talian 089-881255 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bagi membantu siasatan.

Dzulbaharin turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan berhemah ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain sentiasa terpelihara.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi