SARATOK – Acara sukan air tradisi, Regatta Krian 2024 akan berlangsung di Sungai Krian selama tiga hari iaitu 25 hingga 27 Oktober bersempena dengan Pesta Saratok 2024.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, hadiah wang tunai RM15,000 disediakan untuk pasukan yang berjaya mendominasi kategori utama iaitu perahu bidar 30 pekayuh akhir bagi penentu gelaran ‘Raja Sungai’.
Pada tahun ini, Regatta Krian 2024 dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Krian turut mengadakan beberapa aktiviti menarik.
Antaranya, Perahu Bidar 10, 15, 20, 25 dan 30 pekayuh dan acara marathon 30 pekayuh yang melibatkan jarak sejauh 6 kilometer.
Beberapa agensi turut terlibat dalam penganjuran pesta tersebut seperti Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Ibu Pejabat Polis Saratok, Angkatan Pertahanan Awam Saratok, Jabatan Penerangan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Aeronautics Services PLT, Sarawak Coastguard, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak, RELA, dan Hospital Saratok.




