Reformasi penjawat awam harus mula di akar, bukan sekadar di Persekutuan – KSN

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan reformasi penjawat awam harus bermula dari peringkat daerah lagi bukan hanya sekadar berlegar di peringkat Persekutuan semata-mata.

Menurut beliau, ini selaras dengan Deklarasi Kuala Lumpur yang telah ditandatangani oleh beliau dan semua Setiausaha Kerajaan Negeri pada 23 November 2024 lalu.

“Nak buat reform (perubahan) ni tidak boleh berlegar hanya di peringkat Persekutuan sahaja. Tetapi ia mesti mengakar dari peringkat pentadbiran daerah lagi.

“Hari ini, saya buat lawatan mengejut ke Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, Selangor. Tujuannya hanyalah untuk terus menambah baik perkhidmatan peringkat daerah, supaya lebih cekap, telus dan berintegriti.

“Dulu saya pernah berkhidmat di sini (PDT Klang). Jadi Insya-Allah hal-hal tentang tanah, pembangunan rakyat, nak urus bencana semua tu memang minat sayalah,” ujaar Shamsul Azri di Facebooknya pada Rabu.

Beliau sebelum ini berkata, mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.

Katanya, mereka juga perlu menerapkan sifat bangga sebagai penjawat awam kerana ia dapat membolehkan seseorang pegawai melaksanakan amanah dan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kita kena bangga dengan khidmat kita sebagai penjawat awam dan untuk berbangga, kita mesti ada sifat luhur dengan memuliakan perkhidmatan (tugas) kita.

“(Cara untuk) memuliakan tugas kita adalah dengan memberikan perkhidmatan terbaik, penuh integriti dan berdedikasi,” katanya.

Related Posts

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang