
LAWAS – Projek Jambatan Bandar Lawas Baharu dijangka membawa perubahan besar kepada Wilayah Utara Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutif Recoda, Datuk Ismawi Ismuni, bersama pasukan Pengurusan Projek telah mengadakan lawatan tapak untuk menilai kemajuan dan memastikan projek ini berjalan mengikut jadual.
Semasa lawatan tersebut, satu pencapaian penting telah direkodkan dengan pelancaran salah satu rasuk jambatan (girder), yang menandakan kemajuan signifikan dalam pembinaan jambatan ini.
Ismawi turun ke padang sendiri untuk menilai kemajuan projek turut berpuas hati dengan tahap pencapaian tersebut.
“Saya berharap momentum projek ini dapat dikekalkan sekali gus dapat disiapkan mengikut jadual,” kata beliau.
Projek infrastruktur yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di bawah Recoda ini akan meningkatkan ketersalinghubungan dan membuka peluang ekonomi baharu untuk komuniti di wilayah.








