Rebut peluang! Permohonan matrikulasi 2025/2026 dibuka 1 Disember ini!

Oleh: Hidayatun Nufus (Pelatih UPM)

UNTUK makluman, Permohonan Fasa 1 untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) sesi 2025/2026 dibuka bermula 1 Disember 2024.

Permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Keputusan permohonan pula akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.

Pelajar boleh membuat semakan permohonan secara percuma melalui pautan dalam talian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM serta kelebihannya.

Apakah itu Program Matrikulasi KPM?

Program Matrikulasi KPM bertujuan untuk membangunkan potensi pelajar Bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti. Program ini melayakkan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara, khususnya dalam bidang sains, teknologi, dan profesional.

Sejak tahun 2017, semua graduan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf untuk tujuan Perkhidmatan Awam.

Program ini menawarkan empat jurusan utama:

  1. Sains
  2. Kejuruteraan
  3. Perakaunan
  4. Perakaunan Profesional

Ia adalah platform pendidikan penting untuk membimbing pelajar Bumiputera ke arah kerjaya yang kompetitif di peringkat global.

PENTING: Mulai sesi 2025/2026, pelajar boleh memohon mengikuti Jurusan Sains Komputer di Program Matrikulasi. Bagi pelajar tahfiz SPM 2024, mata pelajaran Hifz al-Quran turut dilaksanakan mulai 2025.

Apa Kelebihan Program Matrikulasi?

Selepas menamatkan SPM, pelajar berhadapan dengan pelbagai pilihan laluan untuk melangkah ke peringkat seterusnya, seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma, atau Program Matrikulasi KPM. Berikut merupakan kelebihan dan risiko bagi Program Matrikulasi.

Kelebihan:

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Peluang untuk mengembangkan soft skills

Cabaran:

  • Persaingan sengit daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam
  • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang padat
  • Sijil matrikulasi hanya sah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sahaja.
  • Wajib mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Kenyataan Media bagi Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026

KPM dalam kenyataan memaklumkan, permohonan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 itu dibuka selama tiga bulan sehingga 28 Februari 2025.

  • Tarikh permohonan Fasa 1 : 1 Disember- 28 Februari 2025
  • Tarikh permohonan Fasa 2 & kemaskini : 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan
  • Pautan permohonan : https://matrikulasi.moe.gov.my

Untuk sebarang soalan sila layari laman sesawang di ruangan Pendidikan> Lepasan Menengah> Matrikulasi> Soalan Lazim Matrikulasi.

Syarat-Syarat Kemasukan ke Program Matrikulasi

Sila rujuk syarat-syarat dan penerangan infografik dibawah;

Syarat asas permohonan ialah:

i. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
ii. Warganegara Malaysia; dan
iii. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.

Manakala syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:

Syarat kelayakan minimum kemasukan ke Program Matrikulasi ialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM:

  1. Jurusan Perakaunan Profesional
  • C – Bahasa Melayu;
  • A –Bahasa Inggeris;
  • A – Matematik;
  • C – Matematik Tambahan;
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Ujian aptitud dan temu duga dan A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
    • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
    • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
    • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/
    • Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
    • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
    • Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  1. Jurusan Kejuruteraan
  • C – Bahasa Melayu;
  • C – Bahasa Inggeris;
  • B – Matematik;
  • C – Matematik Tambahan;
  • C – Fizik;
  • Lulus Kimia;
  • Lulus Sejarah dan
  • C – dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
    • Biologi/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
    • Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/
    • Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi
    • Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia.
  1. Jurusan Perakaunan
  • C – Bahasa Melayu;
  • C – Bahasa Inggeris;
  • C – Matematik;
  • Lulus Sejarah dan
  • C – dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
    • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
    • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
    • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
    • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
    • Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
    • Matematik Tambahan.
  1. Jurusan Sains
  • C – Bahasa Melayu;
  • C – Bahasa Inggeris;
  • B – Matematik;
  • C – Matematik Tambahan;
  • C – Kimia
  • C – Fizik atau Biologi dan
  • Lulus Sejarah

NOTA: Rujuk brosur untuk maklumat lanjut atau hubungi PMKPM melalui media sosial dan Telegram.

Cara Permohonan Matrikulasi 2025/2026

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my
Anda juga boleh semak Manual Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM di sini :

Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP)

Pelajar dari keluarga kategori B40 dan M40 dengan pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah layak menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar sebanyak RM1,250 setiap semester.

Untuk pelajar yang memenuhi syarat, BSHP akan disalurkan dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen lengkap. Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank pelajar.

Yuran Pendaftaran

Perincian yuran pendaftaran untuk Program Matrikulasi boleh dirujuk melalui brosur. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui media sosial atau saluran Telegram kami yang dinyatakan di bawah.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matrikulasi KPM
Calon yang layak boleh mengisi permohonan di link berikut: https://matrikulasi.moe.gov.my

Sila layari pautan berikut –  Info Rasmi Program Matrikulasi

Ikuti juga media sosial PMKPM untuk hebahan dan maklumat terkini.

a) FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM

b) IG/TikTok – matrikulasikpm

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Apps Telegram: https://t.me/jommasukmatrikulasikpm

#matrikpilihanpertama #matrikulasidihatiku

Related Posts

Kanser Kolorektal: Ketakutan, kesedaran, tindakan

MAC merupakan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal, iaitu kanser kedua paling kerap didiagnosis dan tertinggi dalam kalangan lelaki di Malaysia. Namun, di sebalik pelbagai kempen dan hebahan oleh agensi kesihatan, tahap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pangkor: Gabungan pantai, sejarah dan budaya tempatan

Nama : Rashidiin Teh PULAU Pangkor merupakan sebuah pulau yang terletak di perairan Selat Melaka dan berada di bawah pentadbiran negeri Perak. Pulau ini dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa