Razman mohon maaf kepada Saarani ucapan pada perhimpunan di Menara Condong

IPOH – “Saya hendak memohon maaf kepada sahabat saya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Beliau adalah sahabat dan juga orang kampung saya. Kenyataan saya itu diambil daripada luar konteks asal.”

Demikian ucapan permohonan maaf Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad atas ucapannya dalam perhimpunan di Menara Condong Teluk Intan, Oktober lalu.

Malah, beliau mendakwa, ucapan beliau sebagaimana dalam video tular itu sebaliknya dipetik di luar daripada konteks asal.

“Kenyataan saya itu diambil daripada luar konteks. Saya ucap terima kasih kepada Menteri Besar (Saarani) tetapi kalau beliau terasa dengan ucapan saya, saya minta maaf.

“Beliau sahabat saya dan saya tahu ilmu agama beliau tinggi. Saya pernah minta bantuan untuk maahad tahfiz, beliau luluskan. Di mana hendak cari Menteri Besar seperti ini?” ujarnya.

Razman berkata demikian ketika Sesi Perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2025 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Pada Pembentangan Belanjawan Negeri Jumaat lalu, Saarani berkata, ada pihak yang tidak melihat semua kejayaan yang dicapai kerajaan negeri selama ini sebagai satu kebaikan.

Malah zahirnya, beliau kesal apabila ada pihak melabelkan beliau dengan cacian ‘MB biadab’, seolah-olah dia sedang melakukan penindasan dan penganiayaan ke atas rakyat.

Terdahulu, berlaku sedikit ketegangan ketika sesi perbahasan apabila Pesuruhjaya Pas Perak itu mahu isu berkenaan kibar bendera disiasat dengan lebih mendalam.

Ia berikutan dakwaan Razman menyatakan insiden pengibaran bendera China ketika sambutan Guan Gong Sedunia di Menara Condong Teluk Intan pada Oktober lalu merupakan perbuatan warga tempatan sendiri dan bukan warga China seperti yang diperkata.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol itu, beliau boleh bagi untuk membuktikan bahawa yang mengibarkan itu adalah Cina Malaysia dan bukan warga China.

Rentetan itu, beberapa ADUN blok kerajaan mendesak agar Razman segera mengemukakan bukti dakwaan beliau itu dalam dewan.

“Jika Gunong Semanggol kata sayang kepada Menteri Besar, mengapa kata beliau biadab? Sayang seperti itu ke?” kata ADUN Astaka, Jason Ng Thien Yong sebelum Razman mengulangi jawapan bahawa ia dipetik di luar konteks asal.

Beliau enggan menarik kenyataan tersebut dan sedia diambil tindakan sekiranya dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

Bagaimanapun, Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid meminta agar Razman tidak keluar daripada topik perbahasan belanjawan negeri.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik