Ramai wanita masuk universiti tapi tidak sertai pasaran kerja – Ketua Perangkawan

KUALA LUMPUR – Wanita terus membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik apabila kadar kemasukan golongan itu ke universiti jauh mengatasi lelaki setiap tahun.

Namun, persoalan timbul apabila kelebihan ini tidak digunakan sepenuhnya dalam penyertaan aktif di pasaran kerja sehingga mencetuskan perbincangan tentang cabaran dan halangan yang dihadapi graduan wanita.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam sub-indeks pencapaian pendidikan dengan skor 107.1 peratus.

Beliau berkata, kadar enrolmen di peringkat rendah, menengah dan tertiari bagi perempuan secara konsisten adalah lebih tinggi berbanding lelaki sejak sedekad lalu.

“Pada 2023, kadar enrolmen kasar bagi perempuan di peringkat rendah dan menengah masing-masing ialah 99.5 peratus dan 94.9 peratus.

“Di peringkat tertiari, wanita merekodkan 50.7 peratus berbanding lelaki (33.8%).Pencapaian ini menunjukkan komitmen negara dalam menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, sub-indeks penguasaan politik pula mencatatkan skor terendah pada 9.6 peratus, iaitu 16.1 peratus wanita memegang jawatan menteri pada 2023.

“Terdapat peluang untuk meningkatkan kepemimpinan wanita dalam sistem politik negara seiring kepentingan penyertaan mereka dalam ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Selain itu, Uzir berkata, purata jangka hayat perempuan lebih lama berbanding lelaki.

“Sub-indeks Kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.956 (95.6%) pada 2023.

“Purata jangka hayat perempuan semasa lahir di Malaysia adalah 76.6 tahun iaitu 11 tahun lebih lama berbanding lima dekad yang lalu iaitu 65.6 tahun (1970),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi beberapa fakta dan statistik menarik tentang wanita.

“Dianggarkan 15.9 juta (47.7%) penduduk Malaysia adalah perempuan daripada keseluruhan 33.4 juta penduduk pada 2023.

“Terdapat 219,780 bayi perempuan dilahirkan daripada jumlah 455,761 kelahiran hidup pada tahun 2023,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan