Ramai Orang Asli belum tuntut wang STR

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mendapati ramai masyarakat Orang Asli di daerah ini tidak menuntut wang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencecah RM2,000 untuk seorang penerima dalam masa setahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) Jakoa, Saiful Zahlan Muhamad Azmi berkata, masyarakat Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman tidak mengetahui mengenai bantuan yang dikreditkan ke akaun mereka.

Katanya, seramai 2,547 Orang Asli di Gua Musang, Kuala Lipis dan Rompin, Pahang dan Hulu Perak, Perak akan menerima wang tunai sempena Program Penunaian STR 2024 Siri 2 bermula 15 sehingga 25 Julai ini.

“Program itu adalah kerjasama antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Jakoa, Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Ia menyasarkan Orang Asli yang tidak mempunyai akaun bank dan tidak pernah menuntut bantuan STR.

“Ada penerima yang tidak pernah membuat tuntutan sepanjang tahun ini, sehingga jumlah tuntutannya mencecah RM2,000 semasa program itu,” katanya pada Program Penunaian STR di Dewan Bonda Yah, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis hari ini.

Saiful Zahlan memberitahu, program di RPS Kuala Betis dilaksanakan selama dua hari, bermula semalam dan merekodkan 507 orang penerima dengan bayaran berjumlah RM202,400, lapor Kosmo!.

Katanya, Jakoa berharap program Kementerian Kewangan, LHDN dan BSN itu dapat diteruskan agar masyarakat Orang Asli di pedalaman dapat menerima manfaat daripada program kerajaan.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis