‘Ramai mohon ‘rujuk’ kembali kepada UMNO, Hishammuddin dan Shahril belum lagi’

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan ramai ahli yang keluar parti mahu ‘rujuk’ semula dengan mengemukakan permohonan kepadanya.

Pun begitu, beliau enggan mendedahkan identiti individu-individu berkenaan, namun mengesahkan ramai bekas ahli khususnya yang menyertai parti lawan mengutuskan permohonan untuk kembali kepada UMNO.

“Ramai yang dahulunya keluar parti dan menyertai parti lawan sudah menghantar permohonan untuk menyertai semula UMNO,” katanya.

Beliau mengulas kemungkinan UMNO akan mempertimbang untuk menarik semula penggantungan keahlian terhadap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Ia susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditarik serta-merta berkuat kuasa kelmarin.

“Setakat ni pejabat tidak menerima apa-apa surat permohonan daripada mereka (Hishamuddin dan Shahril),” katanya memetik BH pada Rabu.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

Hishamuddin dan Shahril antara nama besar dalam kepemimpinan UMNO yang digantung keahlian selama enam tahun.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin antara sosok berpengaruh dalam UMNO yang dipecat parti itu pada 27 Januari tahun lalu.

Related Posts

Ahli Parlimen tolak RUU had tempoh jawatan PM khianat usaha reformasi institusi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri wajar ditolak sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR gantung Fahmi Zainol, Rafizi kekal ahli

KUALA LUMPUR – PKR menggantung serta-merta semua jawatan parti disandang Fahmi Zainol susulan pendakwaan mahkamah dihadapinya. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini selepas membincangkan kedudukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Empat lelaki didakwa tetak mangsa hingga parah

Empat lelaki didakwa tetak mangsa hingga parah