Rakyat yakin Malaysia berada pada landasan tepat

PUTRAJAYA – Tujuh daripada 10 orang rakyat Malaysia yakin dan optimis bahawa negara berada pada landasan yang tepat dengan peningkatan tahap keyakinan ketara sebanyak 19 peratus berbanding tahap optimisme global masih kekal stabil sepanjang tahun lalu.

Menerusi laporan kaji selidik daripada Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) yang bertajuk ‘Apa Yang Merisaukan Rakyat Malaysia?’, sebanyak 71 peratus daripada kumpulan berusia 16 hingga 74 tahun berpendapat bahawa negara sedang menuju ke arah yang tepat berbanding 52 peratus pada Oktober 2023.

Tinjauan Ipsos juga mendapati bahawa sentimen positif rakyat Malaysia terhadap peningkatan ekonomi negara telah meningkat dengan ketara sebanyak 33 peratus sepanjang tahun lalu dengan 72 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa keadaan ekonomi semasa sedang berkembang positif.

Sebaliknya, sentimen positif ekonomi di negara-negara global tidak menunjukkan peningkatan ketara dengan kedudukan graf masih kekal stabil pada kadar sekitar 37 peratus hingga 38 peratus.

Selain itu, indeks keyakinan pengguna bulanan rakyat Malaysia turut menunjukkan peningkatan, dengan pertumbuhan sebanyak 12 peratus dari Oktober 2023 ke Oktober 2024, walaupun terdapat penurunan pada bulan Mac dan September.

Sementara itu, purata global bagi indeks sama masih kekal pada 49 peratus, sekaligus menunjukkan pencapaian prestasi lebih tinggi Malaysia mengatasi negara-negara lain dengan kelebihan 9 peratus pada Oktober 2024.

Menurut laporan Bernama, tinjauan Ipsos turut menunjukkan isu rasuah politik dan kewangan kekal menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia iaitu 47 peratus diikuti masalah pengangguran (34 peratus) dan soal kemiskinan ketidaksamaan sosial (21 peratus) sepanjang tempoh setahun itu.

Di samping itu, kebimbangan terhadap jenayah dan keganasan dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat dengan ketara dengan pertambahan sebanyak 14 peratus berbanding Oktober 2023, namun kebimbangan terhadap inflasi menurun dengan ketara sebanyak 21 peratus.

Di peringkat global pula, kebimbangan utama adalah inflasi, jenayah dan keganasan, dan kemiskinan dan ketidaksamaan sosial.

Pengarah Urusan Ipsos Malaysia, Evelyn Tan berkata, di sebalik perkembangan positif ini, kebimbangan rakyat masih tertumpu kepada isu rasuah, dan jenayah serta keganasan yang terus meningkat secara mendadak.

“Walaupun rakyat Malaysia semakin yakin dengan masa depan ekonomi negara, mereka perlu diyakinkan bahawa masyarakat secara keseluruhan bebas daripada rasuah dan jenayah.

“Ini penting bagi mengekalkan tahap keyakinan jangka panjang terhadap hala tuju ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan yang mengiringi laporan tinjauan itu.

Related Posts

BKK 2026: RM500 untuk Gred 15 ke bawah dibayar 13 Mac

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah, termasuk kakitangan lantikan kontrak, akan disalurkan pada 13 Mac ini. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayaran STR Fasa 2 diawalkan 10 Mac untuk 5.2 juta penerima

PUTRAJAYA – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima akan diawalkan dan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 10 Mac ini dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya