Rakyat tak ralat bayar cukai jika Zafrul bersama Kabinet

PUTRAJAYA – Jalan paling mudah untuk memanfaatkan potensi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz selepas berakhirnya tempoh Senator beliau adalah melantiknya bagi jawatan penting bertaraf menteri.

Felo Penyelidik Unit Literasi dan Advokasi Politik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, ahli teknorat itu boleh dilantik sebagai penasihat pelaburan atau kewangan kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri.

“Ini merupakan salah satu pilihan yang ada untuk memanfaatkan potensi Zafrul sementara menunggu pilihan raya tiba untuk membolehkan beliau bertanding semula sama ada di peringkat persekutuan atau di peringkat Selangor.

“Kita pernah ada Duta Khas PM ke Timur Tengah bertaraf menteri sebelum ini, rasanya boleh untuk lantik Tengku Zafrul sebagai penasihat khas PM bertaraf menteri juga selepas ini, apatah lagi sudah terbukti beliau berprestasi tinggi dan mampu menyumbang secara berbaloi,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri yang juga Pensyarah Pengajian Polisi, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT berpandangan, Tengku Zafrul merupakan antara menteri yang berprestasi tinggi selain memiliki ‘wow factor’ dalam barisan Jemaah Menteri.

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sering dilihat sentiasa `memanfaatkan’ Tengku Zafrul khususnya terkait ekonomi, pelaburan, lawatan-lawatan ke luar negara serta ketika kunjungan delegasi luar ke Malaysia.

“Pendeknya, keberadaan beliau dalam Kabinet adalah berbaloi, sebagai pembayar cukai kita tidak ralat membayar saraan kepada beliau.

“Pada masa sama, beliau juga memiliki kemampuan berada dalam Kabinet untuk tiga kerajaan berbeza secara berturut-turut,” katanya.

Sementara itu, berhubung keputusan Tengku Zafrul keluar UMNO dan menyatakan hasrat menyertai PKR, Mohd Yusri berkata, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan desas-desus berkenaan perkara tersebut sudah lama kedengaran.

Sehubungan itu, katanya, Anwar dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi harus menguruskan isu tersebut sebaik mungkin supaya tidak diambil kesempatan oleh segelintir pemimpin untuk mencetuskan sensasi politik.

“Keutamaan tertinggi dalam mendepani isu itu adalah mengekalkan kestabilan kerjasama parti-parti Kerajaan Perpaduan kerana faktor tersebut sangat penting dalam menentukan kestabilan politik Malaysia.

“Mereka berdua (Ahmad Zahid dan Anwar) perlu mengambil penengah paling unggul supaya pelepasan Zafrul ini dilihat cukup bermaruah dan terhormat kepada UMNO.
Lagipun tiada keperluan untuk UMNO mempertahankan Zafrul, cinta mereka telah pudar, asmara mereka sudah tiada berahi,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul meletakkan jawatan sebagai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Pengumuman tersebut menamatkan penyertaan beliau dalam parti berkenaan sejak 1997 dan surat perletakan jawatan sudah diserahkan kepada parti semalam.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti