Rakyat perlu kibarkan Jalur Gemilang dengan rasa bangga – Fahmi

RAKYAT Malaysia tidak seharusnya berasa takut atau gentar untuk mengibarkan Jalur Gemilang, sebaliknya perlu melakukannya dengan penuh kebanggaan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, tindakan segelintir pihak yang cuba menimbulkan sentimen serta mengeksploitasi keadaan tidak wajar menjadikan orang ramai ragu-ragu untuk mengibarkan bendera negara.

“Beranilah mengibarkan Jalur Gemilang. Jangan biarkan mana-mana pihak mengugut atau menakut-nakutkan anda kerana mengibarkan bendera,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sebuah program komuniti di Lembah Pantai, di sini, semalam.

Fahmi berkata demikian ketika mengulas insiden di Pulau Pinang baru-baru ini, apabila seorang pemilik kedai menerima kecaman selepas gambar Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik tular di media sosial.

Beliau menegaskan, rakyat wajar saling membantu antara satu sama lain dan tidak menularkan isu seumpama itu yang hanya merosakkan keharmonian masyarakat.

“Kita perlu saling memahami, mengekalkan suasana harmoni dan sentiasa mematuhi undang-undang,” ujarnya.

Justeru, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.

Related Posts

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

KUDAT – Warga Pulau Banggi menyambut baik pengumuman peruntukan lebih RM31 juta oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke pulau berkenaan. Christine Norshidah Jamlin,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa