Rakyat Malaysia perlu semat semangat patriotik sepanjang masa – Fahmi

KOTA KINABALU – Semangat patriotik atau cinta akan negara mesti ada dalam sanubari setiap rakyat Malaysia sepanjang masa, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di sini, pada Sabtu. 

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu sematkan semangat patriotik dalam sanubari sepanjang masa dan bukan hanya pada bulan kebangsaan sahaja. 

“Semangat patriotik harus disemat di sanubari sepanjang masa, di mana sahaja kita berada bukan sekadar berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan, mengenali Jalur Gemilang, tahu lagu Negaraku, ikrar rukun negara tetapi kita perlu berusaha dengan lebih gigih. 

“Saya perlukan bantuan terutama rakan-rakan dalam komuniti Madani untuk memberi makna kepada Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan,”katanya ketika berucap sempena Program Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. 

Fahmi turut berkata impak program ini sepatutnya bukan hanya dapat memasang bendera di setiap rumah tetapi juga dapat mengimbau kembali perit dan kepayahan Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia yang berusaha bertungkus lumus untuk mencapai kemerdekaan dan kemudiannya membentuk Malaysia. 

“Maka harapan saya sempena Hari Malaysia ini kita dapat membawa pulang bukan hanya memori indah tetapi juga peringatan tentang dari mana kita datang, kenapa bapa-bapa Malaysia membentuk negara Malaysia dan bagaimana menginsafi perjuangan agar kita boleh membangunkan Malaysia yang lebih adil dan lebih baik,” tambahnya. 

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti