Rakyat mahu pemimpin sibuk, ambil peduli isu masyarakat

RAKYAT mahu melihat pemimpin yang sibuk serta mengambil peduli akan isu yang sedang dihadapi orang ramai, selain mempamerkan visi demi masa depan semua.

Bercakap dalam mesyuarat agung tahunan UMNO di George Town semalam, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, orang ramai sudah muak melihat pemimpin yang asyik berpolitik sepanjang masa.

Sedangkan, katanya, UMNO tidak akan banyak berubah jika para pemimpinnya kekal dengan pendekatan atau sikap sama seperti hari ini, kata anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

“Tapi masih ada segelintir pemimpin kita yang cakap perkara-perkara remeh, hentam sesama sendiri, cakap pasal agenda peribadi.

“Ini cakap-cakap orang tandus idea,” katanya menjelaskan apa yang berlaku melalui hantaran di media sosial hari ini.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan UMNO Tanjong, Pulau Pinang.

UMNO berdepan nasib yang buruk sejak PRU ke-14 apabila mereka kalah buat kali pertama dan menjadi pembangkang sebelum berlakunya Langkah Sheraton pada 2020 sehingga membolehkan mereka menjadi kerajaan semula bersama PN.

Apabila PRU ke-15 diadakan kira-kira lima tahun kemudian, nasib UMNO tidaklah bertambah baik apabila terpaksa sekali lagi berkongsi dengan gabungan lain untuk menjadi kerajaan.

Kali ini UMNO-BN bekerjasama dengan bekas musuh mereka – PH – yang juga gagal mendapat kerusi mencukupi bagi menjadi kerajaan. Akhirnya terbentuklah kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun keadaan terus memanas apabila politik dalaman dan luaran kerajaan seakan-akan tidak terkawal dengan para pemimpinnya saling mengkritik, termasuk dalam kalangan sesama sendiri.

Tengku Zafrul sendiri sebelum ini pernah dilantik menjadi bendahari untuk UMNO Selangor sebelum beliau meletakkan jawatan tersebut kerana tidak sehaluan dengan pemimpin negeri terbabit. 

Menurut Tengku Zafrul ada cara untuk UMNO kembali menjadi tempat orang ramai memberikan kepercayaan seperti apa yang pernah parti itu nikmati sebelum ini.

“Kita (UMNO) perlu buktikan kepada rakyat, UMNO ada idea-idea segar untuk menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan ekonomi negara dan menjamin masa depan anak-anak mereka.

“Barulah rakyat akan kembali percaya kepada UMNO,” katanya.

Walaupun sukar, Tengku Zafrul berkata, beliau yakin keadaan boleh dipulihkan bahkan itu adalah satu-satunya pilihan yang ada buat parti berkenaan.

“Mampukah kita lakukannya? Saya yakin boleh. Dan kalau pemimpin tak nak berubah, ahli-ahli UMNO wajib tegur demi kebaikan parti keramat kita,” katanya.

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah dipelawa ke Perhimpunan Agung LCC di Malta

Sabah dipelawa ke Perhimpunan Agung LCC di Malta

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan