Rakaman audio mirip MB Perlis tular, Pemuda UMNO negeri gesa siasatan segera

ARAU – Pemuda UMNO Perlis menggesa pihak polis menjalankan siasatan segera berhubung penularan satu rakaman audio mirip ucapan Menteri Besar (MB), Mohd. Shukri Ramli yang menyentuh perbincangan bersama istana.

Setiausaha Pemuda UMNO Perlis, Ahmad Nazrin Abdul Aziz berkata, pendedahan kandungan perbincangan tertutup antara kerajaan negeri dan institusi diraja disifatkan sebagai perbuatan tidak wajar serta berisiko menjejaskan kedaulatan institusi berkenaan.

Katanya, tindakan mendedahkan hal berkaitan urusan istana boleh menimbulkan persepsi bahawa pihak diraja terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran dan politik negeri.

“Perkara ini serius dan perlu disiasat dengan teliti. Ia bukan semata-mata soal politik, tetapi melibatkan maruah serta kemuliaan institusi diraja yang wajib dipelihara,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Nazrin, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang termasuk Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Beliau menjelaskan, langkah itu bukan atas kepentingan politik mana-mana pihak, sebaliknya sebagai tanggungjawab moral mempertahankan sistem raja berperlembagaan di negeri ini.

“Pemimpin negeri dan penjawat awam juga digesa lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hubungan dengan istana. Keutuhan dan martabat institusi diraja mesti dijaga demi kestabilan negeri,” ujarnya.

Ahmad Nazrin berkata, laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Arau kira-kira pukul 5 petang selepas rakaman berdurasi enam minit 16 saat tersebut mula tular di platform TikTok sejak semalam.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara profesional dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM