Raft Safari dapat sambutan, fokus kelestarian alam sekitar

KUCHING – Acara Raft Safari tahun ini mempamerkan beberapa ciri baharu yang menarik termasuk meluaskan skop pertandingan dengan memasukkan peserta NGO dalam kategori Hotel dan Pelancongan.

Ini sejajar dengan matlamat Majlis Perbandaran Padawan (MPP) sebagai penganjur untuk menjadikan acara itu lebih inklusif dan mewakili pelbagai sektor dalam masyarakat.

Dengan sambutan yang amat menggalakkan, lebih 150 pasukan, tempatan dan antarabangsa, bersaing merentasi pelbagai kategori.

Walaupun pendaftaran ditutup pada awal bulan ini, namun masih terdapat permintaan daripada pihak luar untuk mendaftar acara tersebut.

Penyertaan tahun ini merangkumi pelbagai kategori seperti NGO, Hotel dan Pengurusan (14 pasukan), Agensi Kerajaan (63 pasukan), Terbuka Wanita (23 pasukan), Agensi Hotel & Pelancongan (20 pasukan), Kategori Terbuka (37 pasukan), dan Kayak (13 pasukan).

“Perancangan logistik untuk Safari tahun ini sangat baik. Para peserta dilancarkan dari pelbagai lokasi, dengan jarak antara 40KM bagi Kategori Kayak hingga 15KM bagi Kategori Terbuka Wanita, yang berakhir di Kampung Git bagi majlis penutupan kali ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada jawatankuasa penganjur atas usaha gigih dan profesionalisme mereka dalam memastikan kelancaran pelaksanaan majlis ini,” kata Pengerusi Pengelola Raft Safari 2024 CR Andrew Victor Nub William Tanyuh.

Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, atas sokongan berterusan terhadap acara ini.

Selain itu, beliau terus komited mempromosikan pelancongan dan warisan budaya Sarawak yang sentiasa menjadi penggerak di sebalik kejayaan Safari Rakit Padawan.

Antara rakan strategik lain yang turut membantu menjayakan acara ini ialah ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, Balai Bomba dan Penyelamat Siburan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sarawak Forestry Corporation, and Sarawak Amatur Radio Emergency Services, JKKK Kampung Annah Rais, Kampung Temurang, Kampung Danu, Kampung Semedang, dan Kampung Git.

Selain itu, acara ini juga mendapat tajaan daripada beberapa agensi swasta tempatan sebagai khidmat sumbangan korporat syarikat mereka.

Antaranya, Sar Alam Indah Sdn Bhd, 38 Yayasan Amal Cinta, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, ENE (East Malaysia) Sdn Bhd, dan STM Sdn Bhd.

Sumbangan yang diberikan berbentuk ganjaran wang tunai yang dimenangi oleh peserta Raft Safari.

Berbanding tahun sebelum ini, bekas rakit yang digunakan pada tahun ini akan dikitar semula bagi kegunaan lain.

Ini bertujuan menjaga kelestarian alam sekitar sesuai dengan objektif SDG yang sentiasa diterapkan oleh MPP.

Turut hadir tetamu Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono dan pasangannya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin