Qunut Nazilah MP Jasin: Doa politik yang mula makan tuan

APABILA Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail menadah tangan sambil membaca qunut nazilah, ramai penyokong Pas dan Bersatu turut menadah tangan sambil melaungkan takbir.

Mereka percaya doa itu peluru dari langit untuk hancurkan lawan politik, untuk ‘koyak’ kerajaan, terutama jatuhkan PMX.

Tetapi Allah itu Maha Adil iaitu doa bukan tiket automatik, doa orang yang penuh dengan politik dan hati yang kotor takkan sampai ke langit.

Hari ini, lihatlah bagaimana doa itu berpusing balik menikam mereka sendiri.

Bersatu kononnya nak jadi parti dominan dalam blok pembangkang. Tapi sekarang apa jadi?

‘Peperangan’ Wan Saiful dengan Azmin kini bukan lagi desas-desus, tapi terang-terangan tikam depan.

Masing-masing berebut siapa lebih layak jadi ‘jeneral’, padahal askar pun tak cukup.

Bersatu di peringkat negeri pun tunggang-langgang. Ada yang lompat, ada yang merajuk dan ada yang senyap tunggu peluang.

Penulis difahamkan keadaan ahli Bersatu kini ibarat anak ayam kehilangan ibu apabila mula mencari tempat teduh baharu.

Ini gara-gara pertelingkahan dari pemimpin atasan yang tidak lagi menghiraukan ahli mereka di bawah.

Slogan ‘Bersatu’ sudah tinggal nama. Realitinya, mereka ke arah kehancuran dari retak menanti belah.

Dahulunya setiap kali berjumpa mereka berpeluk, sekarang masing-masing membuka pekung.

Pas kata Bersatu cuma tumpang atas kekuatan mereka, masa kempen sibuk nak guna jentera Pas, tapi bila habis pilihan raya, Pas ditinggalkan macam kain buruk.

Sanusi pula terang-terang sindir Bersatu: “Depa mai masa pilihan raya saja, lepas tu hilang!”

Isu duit pilihan raya jadi bom jangka. Siapa makan lebih, siapa sapu bawah meja, siapa tak tunaikan janji dan semuanya kini meletup satu demi satu.

Pas selalu jadikan doa sebagai senjata politik. Lawan mereka dihujani doa laknat, qunut nazilah jadi bahan kempen.

Kononnya mereka saja ada lesen bercakap atas nama Tuhan. Tapi peliknya, makin banyak doa dibaca, makin kelam-kabut parti sendiri.

Itulah namanya kifarah apabila doa mereka tidak direstui oleh Allah dan kini mengucar-ngacirkan parti PN sendiri.

Hari ini, doa qunut nazilah MP Jasin bukan jatuh atas kerajaan, tapi jatuh atas kepala Pas dan Bersatu sendiri.

Bukan kerajaan yang hancur, tapi blok pembangkang yang bergaduh macam kanak-kanak berebut gula-gula.

Rakyat pun sudah muak. Apabila doa dibaca, tapi lepas itu di pentas politik lidah mula menabur fitnah, hati dipenuhi dendam, mulut kotor dengan maki hamun. Di manakah nilai doa itu?

Doa bukan untuk dijadikan senjata politik apatah lagi sesama Islam. Bila doa diperalatkan, balasan Allah datang dalam bentuk kehancuran dalaman.

Hari ini Pas dan Bersatu sudah buktikan iaitu doa mereka tidak menumbangkan musuh, tapi menelanjangkan kelemahan sendiri.

Sekarang Pas dan Bersatu umpama dua nakhoda dalam satu kapal. Tapi peliknya, bukannya nak pandu kapal, masing-masing sibuk tebuk lantai. Bila air dah masuk, baru sedar kapal tengah karam.

Soalannya sebelum PRU16, sempatkah kapal ini sampai ke pelabuhan, atau karam dulu di tengah jalan kerana doa yang berpusing balik?

Penulis berharap dengan pertelingkahan kedua parti itu memberi hikmah kepada masyarakat bagaimana jika PN berkuasa pada masa hadapan.

Malah penulis yakin masyarakat hari ini pasti menunggu drama apa lagi yang akan ditimbulkan oleh PN dalam masa terdekat ini hasil doa qunut nazilah dari MP Jasin.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta