Pusat Warisan Sibu boleh dijadikan tempat untuk pamer karya penggiat seni

SIBU – Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting menyatakan bahawa pihaknya tidak akan mengenakan bayaran kepada individu atau pengiat seni yang ingin menggunakan Pusat Warisan Sibu untuk melakukan aktiviti yang boleh mempromosikan karya mereka.

Dengan adanya aktiviti yang sedemikian, ia dapat menarik orang luar untuk datang ke Sibu kerana setiap seni yang ditonjolkan mempunyai daya tarikannya tersendiri.

“Adalah penting bagi semua pihak untuk memeriahkan Sibu dengan pelbagai acara atau festival.

“Dalam masa yang sama, jika diadakan pelbagai acara di Pusat Warisan Sibu, ia akan menambah tarikan para pengunjung sekaligus membantu ekonomi perniagaan sekitarnya,” kata Clarence Ting.

Bersempena dengan festival WAK Sibu yang julung kalinya diadakan yang bermula dari 25 Julai sehingga 28 Julai bertempat di Pusat Warisan Sibu, lebih kurang 30 orang penggiat seni dan budaya telah terlibat di dalam acara ini yang padat dengan pelbagai acara seperti pameran, pertunjukan fesyen dan banyak lagi.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) diminta untuk lebih kerap menganjurkan aktiviti di pusat tersebut.

Di samping mengumpulkan para pengiat seni dalam satu acara, ia juga merupakan satu platform yang bagus untuk penggiat seni terutamanya di wilayah tengah, ujarnya.

Beliau berharap supaya festival ini akan dilaksanakan lagi pada tahun depan dengan skala yang lebih besar.

Turut hadir bersama, pengasas Festival WAK Donald Tan, Pengarah Festival WAK Marina Foo dan Pengurus Festival WAK Brendan Chin.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM