Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang tawar sesi padanan kerja

GEORGE TOWN – Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang yang dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Jalan Magazine, di sini bukan sahaja menyediakan tempat berteduh kepada gelandangan namun turut membantu dari sesi padanan kerja.

Pengerusi Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, pihaknya membantu mencari pekerjaan sesuai kepada gelandangan bagi membolehkan mereka mengubah taraf kehidupan dan kembali semula kepada masyarakat.

Beliau berkata, sebanyak 84 gelandangan berusia 30 hingga 50 tahun yang sebelum ini menghuni Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini telah memperoleh pekerjaan yang sesuai sejak September tahun lepas hingga Khamis.

“Mereka yang memperoleh pekerjaan dapat kembali ke dalam sistem masyarakat semula dan bagi tempoh sama, penghuni di situ ialah sebanyak 333 orang, 290 daripadanya telah keluar dengan 84 daripada telah memperoleh pekerjaan manakala baki masih menghuni 44 orang.

“Mereka kembali bekerja selepas sesi padanan kerja dan antaranya menjadi pengawal keselamatan dan pencuci bangunan serta telah memperoleh pendapatan sendiri untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen kitar semula di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang, di sini pada Jumaat.

Lim berkata, Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang yang beroperasi sejak Ogos tahun lepas itu telah membantu mengurangkan jumlah gelandangan di kawasan pusat bandar George Town.

Kita belum menjadi negeri sifar gelandangan kerana bukan mudah untuk mencapai perkara ini, tetapi dengan adanya pusat ini jumlah gelandangan yang menghuni stesen-stesen bas dan kaki lima di pusat bandar telah berkurangan,” katanya.

Sementara itu, Lim berkata, stesen kitar semula yang dilancarkan di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang itu merupakan langkah penting untuk memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan.

Katanya, pada peringkat awal, pusat kitar semula itu akan beroperasi untuk kegunaan penghuni di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang tersebut dan memberi tunjuk ajar serta latihan bagi memastikan mereka memahami dengan baik tentang amalan kitar semula.

“Setelah asas yang kukuh dibina, pusat ini akan dibuka kepada orang awam untuk hari kutipan mingguan yang ditetapkan dan akses awam ini menandakan kejayaan penghuni dalam mengamalkan tabiat pengasingan sisa yang bertanggungjawab,” katanya.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dinaik taraf dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan apabila ia berfungsi sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat