Pusat pentadbiran Kerajaan Pahang bakal pindah tidak lama lagi

PUSAT pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang akan berpindah ke bangunan baharu tidak lama lagi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi Facebooknya berkongsi detik beliau meninjau keadaan pejabat baharunya.

“Hari ini saya meninjau keadaan pejabat baharu saya di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), Kuantan di mana ia akan menjadi pusat pentadbiran baharu Kerajaan Negeri Pahang.

“Alhamdulillah, kerja-kerja akhir sedang giat dijalankan dan kami akan berpindah ke pejabat baharu ini tidak lama lagi,” jelasnya.

Menerusi perkembangan baharu itu, beliau berharap ia akan menyuntik semangat penjawat awam Negeri Pahang untuk berkhidmat dengan lebih baik selepas ini.

“Saya mengharapkan dengan beroperasinya PPSAS ini nanti, ia akan memberi semangat kepada penjawat awam untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada rakyat dan negeri ini.

“Semoga Negeri Pahang akan terus aman, makmur dan sejahtera serta dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan Allah SWT kepada kita semua. Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’