Pusat Akuatik Arena Larkin kembali beroperasi

JOHOR BAHRU – Selepas lima bulan ditutup akibat pencemaran bakteria e-coli, Pusat Akuatik Arena Larkin kini mula dibuka kepada orang awam bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, lokasi yang sering digunakan para atlet negeri bagi sesi latihan itu kembali dibuka setelah kerja-kerja menaik taraf fasiliti berkenaan selesai.

“Kerja naik taraf dan penggantian dua lantai kolam sudah selesai dilaksanakan pihak pemaju pada November lalu sebelum pemantauan secara berterusan dan rawak daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JNKJ) juga dibuat sepanjang bulan lalu menerusi pengambilan sampel air di kolam.

“Hasil laporan dan pemantauan berkala menunjukkan keputusan yang positif dari segi bacaan bakteria dan klorin, sekali gus tidak menghalang untuk kemudahan ini dibuka kepada orang awam,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Hairi berkata, Pusat Akuatik Arena Larkin akan beroperasi pada Khamis hingga Selasa dan ditutup setiap Rabu bagi kerja pembersihan menyeluruh.

“Diharap orang awam dapat menggunakan fasiliti ini mengikut garis panduan dan peraturan ditetapkan pihak pengurusan dan menjaga tahap kebersihan diri bagi mengelak sebarang perkara diingini berulang serta berlaku,” katanya.

Ogos lalu, pusat akuatik milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu ditutup selepas 19 pelajar daripada 900 peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik MSSJ 2024 dikejarkan ke hospital ekoran mengalami gejala muntah-muntah, demam dan kulit gatal akibat pencemaran air di kolam renang dan kolam terjun pusat akuatik berkenaan.

Kerajaan negeri kemudiannya mengarahkan agar kerja-kerja pembersihan termasuklah pengubahsuaian lantai kolam dilakukan setelah pihaknya mengesan pencemaran bakteria e-coli.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan