PTPTN sahkan tiada rancangan henti pembiayaan

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tiada rancangan untuk menghentikan pembiayaan bagi kursus universiti yang merekodkan kadar pembayaran balik yang rendah dalam kalangan pelajarnya.

Demikian pemakluman Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim.

Pada 14 November lalu, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dilaporkan berkata, perbadanan itu mempertimbangkan untuk menghentikan pembiayaan untuk kursus universiti yang mempunyai kadar pembayaran balik di bawah 30 peratus.

Pun begitu Norliza berkata, cadangan Dasuki itu dibuat dalam satu bengkel dalam talian.

“Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat kerana kita perlu melakukan kajian lanjut di mana ia belum lagi bermula,” katanya memetik laporan FMT pada Khamis.

Norliza berkata apabila kajian itu selesai, PTPTN akan berkongsi hasilnya kepada orang ramai.

Katanya, PTPTN tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk menghentikan pembiayaan, dan pelajar tidak perlu bimbang dengan perkara itu.

PTPTN meluluskan sejumlah RM74 bilion pinjaman setakat September lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu jawapan bertulis di Parlimen berkata, menjelang akhir tahun lalu, PTPTN meluluskan 3,951,404 pinjaman membabitkan jumlah RM71 bilion.

Bagaimanapun, lebih 2.7 juta pinjaman berjumlah RM32 bilion masih belum dibayar.

Zambry juga berkata, 72 peratus daripada pinjaman itu diberikan kepada pelajar Bumiputera dan 28 peratus kepada pelajar bukan Bumiputera.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang