PRU17 Sabah: DU Kukusan bakal saksi pertembungan dua beradik

TAWAU – Penduduk Dewan Undangan (DU) Kukusan dijangka menyaksikan babak menarik pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah kali ini apabila dua beradik dari keluarga sama dipercayai bakal berentap untuk merebut mandat rakyat.

Pada Rabu, nama Chaya Sulaiman diumum Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk berentap sekali lagi di DU Kukusan sekali gus memberi saingan kepada adiknya, Ma’mun Sulaiman dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Kedua-dua individu terbabit masing-masing aktif dalam arena politik tempatan serta mewakili parti berbeza dan pertembungan itu dijangka menarik perhatian ramai memandangkan ia jarang berlaku dalam sejarah politik Sabah.

Chaya merupakan Ketua Wanita UMNO Kalabakan dan pernah bertanding pada PRU Sabah 2020 tetapi tewas kepada calon Parti Warisan ketika itu, Datuk Rina Jainal dengan majoriti 10 undi. 

Sementara itu, Ma’mun, 60, merupakan bekas Ahli Parlimen Kalabakan semasa memenangi PRU ke-14 (2018) sebelum tewas kepada Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy pada PRU ke-15 (2022). 

Pada PRU DU Kukusan kali ini, seramai 19,225 orang pemilih berdaftar layak mengundi membabitkan 17,762 pengundi biasa serta 1,463 orang pengundi tentera dan pasangan. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November ini sebagai hari penamaan calon, disusuli 25 November pengundian awal dan 29 November hari mengundi biasa.

Related Posts

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak tertentu termasuk bekas menteri supaya meneliti kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kedudukan sebenar rayuan kerajaan berhubung isu 40…

Lebih lanjut

teruskan membaca
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat
  • FatinFatin
  • November 15, 2025

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan persaingan luar biasa apabila seramai 596 calon daripada 23 parti politik tampil membidik 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan