Projek solar RM60 juta siap tahun depan ubah landskap tenaga Sabah

TAWAU – Projek Solar Berskala Besar (LSS) Q-Solar Tawau bernilai RM60 juta yang dijangka menjana 15 megawatt (MWac) tenaga bersih menjelang hujung tahun depan bakal menjadi titik permulaan kepada perubahan landskap industri tenaga di Sabah, khususnya di Pantai Timur.

Projek berimpak tinggi di atas tapak seluas lebih 45 ekar di Jalan Kubota Timur itu dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara Qhazanah Sabah Berhad (QSB), Qhazanah Energy Sdn Bhd (QESB) dan QSolar Tawau Sdn Bhd (QSolar).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penjanaan tenaga 15MWac daripada projek ini merupakan langkah konkrit ke arah penstabilan sistem grid Sabah yang ketika ini masih terlalu bergantung kepada penjanaan tenaga berasaskan diesel dan gas asli.

”Projek ini akan memperkukuh keupayaan sistem grid negeri, mengurangkan kebergantungan kepada bahan api, dan dalam masa yang sama mengimbangi pengagihan tenaga antara Pantai Barat dan Pantai Timur.

“Kita bukan hanya ingin menyelesaikan isu bekalan elektrik terutama di Pantai Timur, tetapi berusaha membentuk masa depan tenaga yang lebih bersih, stabil dan berdaya tahan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Solar Berskala Besar (LSS) Q-Solar (Tawau) Sdn Bhd di sini, pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Sementara itu, bercakap kepada media, Nizam menyifatkan projek solar itu selain menjadi pemacu utama kestabilan tenaga serta bukti kerajaan negeri berusaha menyelesaikan isu elektrik.

Katanya, projek itu akan memanfaatkan seluruh kawasan Tawau bagaimanapun keperluan tenaga bersifat dinamik terutamanya apabila wujud kawasan perindustrian baharu di Tawau.

“Berdasarkan data semasa, kapasiti tenaga tersedia di Sabah kini mencecah 1,200MW manakala keperluan tenaga semasa adalah sekitar 1,100MW.

“Namun, semasa waktu puncak, penggunaan tenaga boleh melebihi kapasiti tersebut menyebabkan catuan terpaksa dilakukan.

“Sekurang-kurangnya 30 peratus ‘reserve margin’ mesti ada untuk menampung penggunaan semasa waktu puncak,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin merangkap Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, isu elektrik ini sering diperjuangkan kerajaan Sabah sejak awal.

“Di Tawau, kita ada satu projek solar berskala besar berkapasiti 20MW dan daripada jumlah itu, 15MW dijual kepada syarikat Sabah Electricity manakala satu lagi projek solar berskala sama akan dimulakan di Keningau dalam masa terdekat.

“Projek ini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan tenaga bersih, malah dijangka memberi kelebihan kepada grid elektrik Tawau kerana keperluan semasa hanyalah sekitar 15MW,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, bekalan elektrik dijangka mencukupi di seluruh kawasan Tawau dari DUN Apas, Balung, Kukusan, Sebatik, Sri Tanjong hingga ke Kalabakan.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti