
NYABOR – Sebanyak RM 270,000 diperuntukan untuk projek Pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di enam kawasan iaitu Kabong, Alit, Gerigat, Nyabor, Sessang, dan Alit.
Perkara ini telah diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Datuk Mohd Chee Bin Kadir dalam ucapanya semasa menghadiri Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Perpaduan Negeri Sarawak 2025 anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bahagian Betong, pada Sabtu di Dewan LAKIN, Nyabor,
Untuk makluman, Kabong dipilih sebagai tuan rumah bagi Bahagian Betong dengan melibatkan18 Rukun Tetangga (RT) dari kawasan tersebut.
Dengan semangat bergotong-royong, sebanyak 1,000 bekas bubur pedas berjaya disediakan sejak awal pagi oleh wakil-wakil RT.
Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Perpaduan merupakan program serentak diadakan seluruh Malaysia.
Sebagai simbolik, Mohd Chee Kadir menyerahkan bubur pedas kepada wakil RT yang terlibat dan turut mengedarkannya kepada peniaga serta pengunjung di Bazar Ramadan Nyabor.
Inisiatif seperti ini mencerminkan perpaduan erat dalam kalangan masyarakat setempat sambil memperkukuhkan hubungan antara pelbagai lapisan komuniti.
Turut hadir Pegawai Perpaduan Bahagian Betong, Thompson Ted mewakili Pengerusi Pengelola Program, Mohamad Bin Mohamad Rambli serta ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan, pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar.







