Projek Kompleks Pusat Islam Sandakan lepasi 66% kemajuan, dijangka siap Disember

KOTA KINABALU – Pembinaan Kompleks Pusat Islam Sandakan kini mencapai lebih 66 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini.

Perkara itu diberitahu oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson dalam satu taklimat khas yang diadakan di Istana Negeri, di sini pada Khamis.

Walter berkata, matlamat untuk menyiapkan pembinaan keseluruhan Kompleks itu dalam bulan Disember 2025, akan dapat  dicapai.

Taklimat tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang arkitek dan pemaju yang terlibat membina kompleks itu.

Dalam pada itu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata, beliau bangga melihat usaha gigih Kerajaan Negeri untuk menyiapkan kompleks itu.

“Apabila siap kelak, kompleks itu bakal menjadi mercu tanda penting bagi pembangunan syiar Islam bukan sahaja di kawasan pantai  timur, bahkan seluruh negeri Sabah,” katanya dalam satu hantaran Facebook beliau, pada Khamis.

Dalam pada itu, Musa berkata projek ini bakal menjadi pusat ibadah dan pendidikan.

Jelasnya, kompleks itu turut berperanan menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama melalui pendekatan dakwah yang inklusif dan harmoni.

“Saya berdoa semoga Kompleks Pusat Islam Sandakan akan muncul sebagai simbol kemajuan rohani dan perpaduan di negeri Sabah,” katanya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar