Projek fasiliti sukan Sri Aman dipantau, pastikan siap ikut jadual

SRI AMAN – Usaha mempercepat pelaksanaan projek pembangunan fasiliti sukan di Sri Aman terus dipergiat menerusi Mesyuarat Koordinasi dan Pemantauan Projek Fizikal Kemudahan Fasiliti Sosial di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (MYSED) pada Selasa.

Mesyuarat berkenaan dianjurkan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman bagi menyelaras serta memantau perkembangan beberapa projek utama termasuk cadangan pembinaan bangunan dan fasiliti sukan di Kompleks Sukan Sri Aman, Dewan Suarah baharu, penambahbaikan kolam renang lama, Kompleks Sukan Lingga dan Mini Stadium Engkilili.

Antara agensi yang terlibat ialah MYSED, Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak serta beberapa agensi berkaitan lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden berkata, fasiliti sukan seperti gelanggang futsal, padang bola sepak, gelanggang petanque, gelanggang tenis, pusat latihan tinju dan asrama atlet amat diperlukan masyarakat setempat khususnya golongan belia.

“Kita mahu semua projek ini disegerakan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat secepat mungkin. Justeru, sebarang isu teknikal atau kelewatan perlu ditangani segera menerusi kerjasama semua pihak,” katanya.

Pada masa yang sama, Francis turut mengetuai lawatan bersama-sama MYSED ke kolam renang Sri Aman yang sudah lama tidak beroperasi bagi meninjau keadaan sebenar dan keperluan penyelenggaraan fasiliti berkenaan.

Mesyuarat susulan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan dan penyelenggaraan projek berjalan lancar demi keselesaan penduduk sekitar Sri Aman.

Turut hadir Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Related Posts

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah