Projek Agrovoltaik Baram ubah landskap ekonomi

MIRI – Sambutan Jubli Intan ke-60 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama melakar sejarah tersendiri apabila menjadi platform pengumuman perancangan pembangunan berskala besar di Baram.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau berkata, inisiatif utama yang bakal menggerakkan transformasi tersebut ialah Projek Agrovoltaik Baram di Temala.

Menurutnya, projek berimpak tinggi itu merupakan sebahagian daripada Zon Ekonomi Tenaga Boleh Diperbaharui (REZ) Baram yang telah mendapat kelulusan kerajaan Sarawak.

“Pembangunan dengan nilai pelaburan dianggarkan mencecah RM6 bilion ini bukan sekadar tertumpu kepada tenaga solar.

“Sebaliknya, ia melibatkan pendekatan menyeluruh termasuk pertanian moden dan pembinaan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berkenaan yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Dennis menjelaskan projek agrovoltaik itu merangkumi pembangunan kawasan pertanian seluas 1,500 hektar.

Jelas beliau, ia termasuk 500 hektar yang dikhususkan bagi penanaman padi sebagai usaha proaktif meningkatkan kelestarian bekalan makanan negeri.

“Projek raksasa ini turut melibatkan pembinaan hab logistik bernilai RM380 juta dan stesen janakuasa berkapasiti 300 megawatt bernilai RM300 juta.

“Turut dibangunkan ialah sebuah bandar baharu moden bernilai RM310 juta yang bakal menyediakan sekitar 600 unit kediaman,” tambahnya.

Menyentuh mengenai pemilihan lokasi, beliau berkata Temala dipilih susulan kedudukannya yang sangat strategik.

Kawasan itu terletak di persimpangan laluan utama menghubungkan Miri–Marudi, Mulu (Kuala Melinau) serta Long Panai–Long Lama, sekali gus dijangka merancakkan sektor logistik dan mobiliti penduduk.

“Pelaksanaannya disasarkan mewujudkan kira-kira 400 peluang pekerjaan tetap berkemahiran tinggi, di samping membuka pintu ekonomi baharu kepada komuniti setempat.

“Pendekatan menggabungkan tenaga boleh diperbaharui dengan pertanian ini bakal membentuk ekosistem ekonomi luar bandar yang jauh lebih mampan,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, Dennis yang juga Penaung Persatuan Alumni SMK Long Lama berharap institusi itu terus cemerlang melahirkan modal insan berkualiti.

“Kita mahu pelajar hari ini menjadi generasi profesional masa depan yang akan menerajui serta menyumbang kepada kelangsungan pembangunan Baram,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Dadah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam satu operasi khas yang dijalankan di kawasan Roban,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

MUKAH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan taman permainan kanak-kanak Dataran Pehin Setia Raja pada Ahad. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak