Program Merpati JPKA serendah RM10 inisiatif bantu anak bekerja

TAWAU – Program Pusat Jagaan Warga Emas (Merpati) diperkenalkan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah tampil sebagai inisiatif prihatin dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan warga emas serendah RM10 sehari khusus bagi membantu golongan anak-anak yang bekerja dan berdepan kekangan masa.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, kemudahan ini dibuka khusus kepada mereka yang ingin menghantar ibu bapa warga emas mereka di pusat jagaan terbabit.

“Saya melihat inisiatif ini sebagai sesuatu yang wajar diuar-uarkan kepada masyarakat khususnya warga Tawau yang kini ramai bekerja dan mempunyai kekangan masa di rumah.

“Ia merupakan satu peluang yang sangat baik dalam membantu memudahkan urusan harian terutama dalam memastikan kebajikan warga emas sentiasa terjaga dengan baik,” katanya kepada media selepas peluncuran serentak Program Merpati JPKA Sabah di Rumah Warga Tua, di sini, pada Selasa.

Menurut Rina yang juga ADUN Kukusan, walaupun baru beroperasi, Pusat jagaan ini telah menerima pendaftaran awal melibatkan lima warga emas dengan konsep penjagaan secara kumpulan kecil bagi memastikan keselesaan dan kualiti penjagaan berada pada tahap terbaik.

“Terdapat perancangan untuk memperluaskan perkhidmatan ini bukan sahaja di Tawau, malah ke Sandakan dan Kota Kinabalu, dengan harapan ia dapat diwujudkan di setiap daerah di seluruh Sabah.

“Kadar bayaran yang dikenakan amat berpatutan iaitu hanya RM10 sehari bagi penjagaan harian dan RM30 bagi penginapan semalaman,” ujarnya.

Tambah Rina, selain penjagaan asas, penghuni turut disediakan pelbagai aktiviti bermanfaat melalui Pusat Aktiviti Warga Emas serta program anjuran kerajaan yang diadakan secara berkala.

“Mereka yang mahu menghantar ibu bapa mereka ataupun warga emas jagaan mereka boleh datang ke rumah warga emas Tawau dan mendaftarkan siapa yang mereka mahu daftarkan,” katanya.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori