Program MADANI Rakyat kembali, Perak dipilih destinasi pertama

NEGERI Perak dipilih sebagai lokasi pembuka tirai Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 yang akan berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, dari 3 hingga 5 April depan.

Mengangkat tema ‘Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni’, penganjuran kali ini meneruskan momentum kejayaan program sama yang mendapat sambutan menggalakkan di lapan negeri tahun lalu.

Sekretariat PMR 2026 memaklumkan, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijadual merasmikan program berkenaan pada Sabtu, 4 April.

Menurut kenyataan itu, PMR 2026 tampil dengan suntikan elemen baharu bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan secara terus serta pelbagai pengisian berimpak tinggi.

Program ini diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama kementerian, agensi serta kerajaan negeri. Bagi edisi Perak, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertindak sebagai peneraju, manakala kerajaan negeri sebagai tuan rumah.

Penganjuran ini mencerminkan aspirasi kerajaan dalam memacu pembangunan bandar mampan, penyediaan perumahan berkualiti dan pembentukan komuniti harmoni, selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Sepanjang tiga hari program, pelbagai pengisian menarik disediakan termasuk perkhidmatan kerajaan, inisiatif kesejahteraan rakyat, pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI, peluang pekerjaan serta festival makanan tempatan dan jualan usahawan.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati inisiatif percuma seperti pertukaran topi keledar, servis minyak enjin motosikal, gunting rambut, pengagihan benih dan anak pokok serta pameran aset pertahanan dan keselamatan.

Penglibatan aktif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan komuniti setempat turut diperkukuh bagi meluaskan capaian manfaat kepada rakyat.

Dalam masa sama, PMR 2026 Perak menjadi platform interaksi lebih inklusif antara kerajaan dan rakyat, sekali gus membuka ruang kepada orang ramai untuk bertemu secara langsung dengan kepimpinan tertinggi negara.

Program ini akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala pada Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu