Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan lakar sejarah, lebih 200,000 pengunjung hadir

JOHOR BAHRU – Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan berjaya melakar sejarah apabila lebih 200,000 kehadiran pengunjung direkodkan.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Ekonomi, Dr Nor Azlina Ariffin, temasya diadakan selama tiga hari di Dataran Universiti Teknologi Mara (UTM) itu telah melebihi sasaran awal ditetapkan iaitu 100,000 pengunjung.

“Nilai jualan yang direkodkan telah melebihi RM800,000.00, manakala bagi sesi Padanan Perniagaan (PADANIAGA), sebanyak 22 syarikat telah menyertai 41 sesi pertemuan bersama syarikat anchor melibatkan potensi jualan berjumlah RM 3.8 juta.

“Program kali ini berkisar tentang Setahun Ekonomi Madani yang memperlihatkan pencapaian dan manfaat ekonomi negara kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif dan komitmen berterusan dalam memperkasa rakyat, usahawan dan industri,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, majlis penutupan telah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan turut dihadiri, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji