Program JIWA Komuniti Madani sebar luas maklumat dasar kerajaan – Julaihi Narawi

SEBUYAU – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani berperanan dalam menyebar luas maklumat berkaitan insiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata program ini berperanan memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan program pembangunan yang sudah dirancang.

“Program ini turut mendedahkan peluang pekerjaan, bantuan sosial dan inisiatif lain yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program JIWA Komuniti Madani di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kampung Sampat Sebangan pada Ahad.

Sementara itu, Julaihi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menyeru orang ramai memasang bendera Jalur Gemilang sebagai manifestasi semangat cintakan negara.

“Ia juga dapat menyemarakkan amalan mengibar bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Malaysia,” ujar beliau.

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media