PRN17 Sabah: UPKO sasar kerusi tambahan, pertahan Kadamaian

KOTA KINABALU – Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyasarkan penambahan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah, di samping mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Presidennya, Datuk Ewon Benedick berkata, sebagai komponen dalaman Pakatan Harapan (PH), UPKO akan terus bersiap siaga menjelang PRN akan datang.

“Tahun ini merupakan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi penggal ini.

“Parti UPKO sebagai komponen PH Sabah sudah tentu akan mengambil bahagian dalam PRN ini dengan wawasan untuk menang kerusi tambahan selain mempertahankan kerusi di Kadamaian,” katanya dalam ucapan perasmian makan malam sempena Ulang Tahun UPKO Ke-31, di sini pada Jumaat.

Jelasnya, apapun keputusan yang diambil parti itu ia mestilah berpandukan akal budi rasional yang strategik dengan memberi fokus kepada masa depan Sabah dan rakyat khususnya.

“Sementara perundingan dalaman PH Sabah dan perbincangan tidak rasmi dengan gabungan lain terus berlangsung, UPKO mesti bersiap siaga menjadi pemain pasukan rakyat Sabah.

“Keputusan kita mesti berlandaskan kepada tujuan dan matlamat penubuhan Parti, berpandukan kepada akal budi dan rasional yang strategik dengan memberi fokus kepada masa depan Sabah dan rakyatnya,” jelasnya.

Ewon yang juga Pengerusi PH Sabah berkata, PRN kali ini merupakan medan untuk mengukur kekuatan perpaduan dalam kalangan rakyat dan pemimpin parti politik di negeri ini.

“PRN ini bukan persingan tentang siapa yang boleh berteriak dengan lebih kuat, bukan persaingan emosi yang sensasi, bukan persaingan kelemahan siapa yang paling banyak.

“PRN ini harus menjadi pengukur kepada perpaduan rakyat Sabah, perpaduan pemimpin parti-parti politik yang ada di Sabah,” tambahnya.

Related Posts

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dinaik taraf dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan apabila ia berfungsi sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran