PRN17 Sabah: Shahelmey pertimbang bertanding semula kerusi DUN Tanjung Keramat

KOTA KINABALU – Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, mempertimbangkan untuk bertanding semula bagi mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.

Katanya, keputusan muktamad akan dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada penyokong serta pengundi di kawasan berkenaan.

“Mempertimbangkan, dengan maklum balas daripada penyokong dan pengundi yang ada di sekitar Tanjung Keramat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Seminar Lelaki Qawwam dan Bidadari Syurga: Kursus Perdana Pra Perkahwinan Islam ‘Bina Cinta Dengan Ilmu Pimpin Kasih Menuju Syurga’ di Dewan Sri Putatan, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa masih terlalu awal untuk mengumumkan parti yang bakal diwakilinya pada pilihan raya kali ini.

“Nanti akan kita umumkan. Kita mempertimbangkan sebab masih banyak lagi perundingan-perundingan di antara parti yang ada sekarang.

“Jadi tidak perlu tergesa-gesa. Yang penting kita masih buat kerja di lapangan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyatakan keselesaan bersama parti politik sedia ada, iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH).

“Ya, sekarang selesa,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas isu ‘tiga serangkai’ iaitu air, elektrik dan jalan raya yang dimainkan oleh beberapa parti selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau menyifatkan perkara itu sebagai isu legasi yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk diselesaikan.

“Perkara ini dimainkan dengan tujuan untuk mendapat ‘mileage’ politik. Tetapi kita harus menyedari bahawa perkara ini adalah cabaran yang telah berlanjutan begitu lama. Ia adalah isu legasi.

“Yang penting adalah pelaksanaan dan kerjasama semua pihak. Contohnya Loji Rawatan Air Kogopon 2 di Papar yang sepatutnya siap lebih awal daripada 2020, tetapi hanya mula dibina pada 2023,” katanya.

Menurut beliau, keperluan bekalan air yang semakin meningkat berbanding kapasiti sedia ada menuntut pelaksanaan projek dijalankan dengan lebih efisien agar menepati jadual perancangan.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James