PRN17 Sabah: Ruji cabar 3 calon termasuk penyandang di kerusi panas Merotai

KALABAKAN – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Datuk Ruji Ubi berdepan saingan empat penjuru sekali gus mencabar penyandang kerusi panas itu, Sarifuddin Hatta dari Warisan, pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Beliau turut disaingi Hasan Haris, 48, dari Perikatan Nasional dan Rayme @ Reymie Kassim, 56, dari Parti Impian Sabah (PIS).

Calon tumpuan, Ruji, 55, tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (C) Yuk Chin seawal 8.18 pagi diiringi ratusan penyokong yang mengenakan warna merah dan membawa bendera PH.

Ruji, yang dilihat sebagai calon berprofil tinggi ini dijangka membawa naratif hubungan rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan rekodnya sebagai jambatan koordinasi pembangunan menjadikan saingan di kerusi itu lebih sengit.

Sementara itu, Sarifuddin pula muncul pukul 8.15 pagi bersama jentera parti menyebabkan suasana semakin memuncak apabila turut menyapa penyokong PH.

Pada PRN16, Sarifuddin menang 4,058 undi di Merotai mengalahkan lima pencabarnya termasuk Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah dengan majoriti 1,587 undi.

Kali ini, seramai 26,179 orang pemilih berdaftar di DUN Merotai layak mengundi membabitkan 25,618 pengundi biasa serta 561 orang polis dan pasangan polis PGA.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Murad Abd Rashid mengumumkan senarai calon yang bertanding kira-kira pukul 11.50 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan SJK (C) Yuk Chin di sini ditutup pada 10 pagi.

Murad berkata, selepas menyemak kertas pencalonan, pihaknya berpuas hati dan tiada calon yang ditolak pencalonan.

Related Posts

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak tertentu termasuk bekas menteri supaya meneliti kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kedudukan sebenar rayuan kerajaan berhubung isu 40…

Lebih lanjut

teruskan membaca
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat
  • FatinFatin
  • November 15, 2025

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan persaingan luar biasa apabila seramai 596 calon daripada 23 parti politik tampil membidik 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan