
TAWAU – PKR selesai mengemas kini senarai kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Sabah akan datang, kata Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh.
Bagaimanapun katanya, PKR Pusat menyerahkan kepada PKR Sabah untuk meneruskan rundingan berkaitan kerusi-kerusi itu kepada rakan komponen.
“Jumlah kerusi yang akan ditandingi saya serah kepada PKR Sabah untuk buat kenyataan sebab kita (Pusat) memang beri autonomi pada Sabah.
“Jadi setakat kita dimaklumkan rundingan berjalan dengan baik,” katanya kepada media di Tawau, pada Jumaat.
Fuziah turut menjelaskan permintaan untuk calon wanita dalam PRN Sabah akan datang juga tinggi.






