PRN17 Sabah: GRS bersikap terbuka terhadap parti komponen pilih tanding solo

PITAS – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersikap terbuka terhadap parti komponennya yang mahu meninggalkan gabungan itu kerana memilih untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, GRS bersikap terbuka terhadap parti komponennya yang memilih untuk bertanding secara solo, namun keputusan itu terpulang kepada pertimbangan masing-masing.

Beliau yang juga Pengerusi GRS menyatakan keyakinannya terhadap kekuatan GRS berdasarkan kerjasama baik dalam kalangan parti komponennya, selain sokongan kuat rakyat terhadap gabungan itu.

“Insya-Allah kita akan menang pada pilihan raya nanti. 

“Kita bersama rakan-rakan komponen lain terutama sekali Parti Bersatu Sabah (PBS) masih kukuh dan insya-Allah GRS terus kekal sebagai gabungan yang kuat dan mantap di Sabah.

“Kita mahu teruskan perjuangan ini kerana kita baru separuh jalan,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan dan Kedai Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB) Kampung Taka di pekarangan Dewan Masyarakat Daerah Pitas, di sini pada Sabtu.

Katanya lagi, pelaksanaan dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) membuktikan keupayaan kerajaan negeri memulihkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Mandat yang diberikan rakyat sejak September 2020 tidak disia-siakan, sebaliknya diterjemahkan melalui pelaksanaan SMJ. 

“Walaupun berdepan cabaran dan sindiran, kerajaan teguh melaksanakan amanah rakyat. SMJ bukan slogan tapi pelan yang sudah menunjukkan hasil,” jelasnya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi