
KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke17 (PRN17) Sabah berdasarkan kebolehmenangan.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kuasa autonomi telah diberikan kepada UMNO dan BN Sabah, namun masih perlu mengakui hakikat bahawa keputusan akhir perlu mengambil kira faktor kebolehmenangan.
“Sebagai pengerusi Barisan Nasional di peringkat nasional kita telah memberikan kuasa autonomi kepada UMNO dan BN Sabah.
“Jadi tentuntunya mereka mempunyai perkiraan tersendiri untuk kerusi-kerusi yang ditandingi itu. Namun kita harus mengakui hakikat bahawa kita letakkanlah calon-calon di kerusi-kerusi yang dijangka menang atau winnable seat,” katanya.

Beliau berkata demikian, semasa sidang media selepas meraskmikan Progra Karnival Mooda @ Desa X PNG: Penanak Culture Sabah di Pantai Odec, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Sabtu.
Jelasnya, beliau bersama rakan-rakan dari Sabah dan ibu pejabat akan meneliti dan memuktamadkan kerusi yang mempunyai kebolehmenangan yang tinggi.
“Kita akan lihat dari segi kebolehmenangan dahulu,” ujarnya.
Tambah Zahid, kebolehmenangan dilihat bergantung kepada beberapa faktor.
“Kita akan menentukan serta memuktamadkan calon-calon yang telah dikemukakan itu di mana saya mendapat antara tiga hingga lima calon bagi tiap-tiap kawasan Dewan Undangan Negeri itu,” ujarnya.






