PRK Nenggiri: Rizwadi (PN) atau Azmawi (BN)?

SAYA meninggalkan Nenggiri petang semalam ketika hari mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan tiba tidak sampai 36 jam dan persaingan kelihatan sengit.

Selama beberapa hari saya di situ; bergerak solo sungguhpun ada beberapa rakan juga berkampung, saya memperoleh pengamatan yang autentik, hasil tinjauan bersahaja dan tidak dipengaruhi pemerhati lain.

Subjek tumpuan saya sokongan ke atas kedua-dua calon PRK itulah – Mohd Rizwadi Ismail daripada Perikatan Nasional (PN) selaku calon nombor 1 dan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani daripada Barisan Nasional (BN) selaku calon nombor 2.

Pada satu ketika, Izwadi berada di atas tetapi pada ketika yang lain Azmawi menguasai sokongan. Hal itu mungkin disebabkan faktor ‘kebetulan’ iaitu pihak yang ditemu bual pada tempoh tertentu itu jumlahnya berpihak pada calon tertentu.

Saya bersetuju dengan kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO – Khairy Jamaluddin yang tular pada 8 Ogos 2024 lalu bahawa persaingan kedua-dua calon itu sengit.

Sungguhpun demikian, keadaan itu memberi kelebihan kepada Azmawi (BN) kerana selaku wakil parti yang bukannya mempertahankan kerusi DUN itu, perkembangan momentum sokongan membayangkan signifikan kemenangan.

Sebenarnya, calon BN menepati cita rasa pengundi Nenggiri – beragama Islam, muda, berpendidikan, santun, rajin, berjiwa rakyat, mendukung aspirasi Kerajaan Pusat, dan merupakan anak tempatan.

Tiada kekurangan calon nombor 2 itu berbanding Mohd Rizwadi (PN), bahkan beliau lebih sekurang-kurangnya satu aspek iaitu jika terpilih nanti dapat beliau membawa pembangunan sebagaimana yang dimahukan Kerajaan Pusat.

Jika ada yang menjaja hujah bahawa Islam perlu diutamakan, memilih Mohd Azmawi (BN) menepati keperluan tersebut kerana beliau komited membela umat Islam di DUN itu tanpa menafikan hak penganut agama lain.

Perlu diingat bahawa sebahagian besar kerusi DUN Kelantan didominasi PN namun apa kebaikan atau perubahan yang dapat dinikmati rakyat?

Tidak kelihatan pun kebaikan dan perubahan itu!

Oleh sebab itu, memilih calon nombor 2 merupakan jawapan terbaik esok!

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang