PRK Nenggiri: Bersatu tidak yakin dengan kekuatan logo sendiri

KOTA BHARU – Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, dilihat seolah tidak mempunyai keyakinan terhadap partinya sendiri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata demikian ketika ditanya berkenaan penggunaan logo PAS oleh Bersatu di kawasan berkenaan.

“Kalaulah calon daripada mereka (Bersatu) mereka menggunakan logo daripada parti lain nampak sangat mereka tidak yakin pada parti sendiri,” katany pada sidang media selepas merasmikan Majlis Kontraktor Generasi Baru di Hotel Grand Renai di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman melontarkan pandangan bahawa PAS lebih sesuai bertanding di kerusi terbabit berbanding sekutunya, Bersatu.

Malah, pilihan Bersatu menggunakan logo PAS untuk calonnya yang bertanding pada PRK terbabit juga membayangkan parti berkenaan terutama Presiden tidak pasti mengenai peluang mereka memenangi kerusi itu.

“Nampaknya Bersatu hanyalah sebuah parti ‘bunga kertas’, tidak mempunyai kekuatan yang tulen,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kepimpinan Bersatu pada semua peringkat diingatkan supaya memberi sokongan penuh kepada calon parti itu pada PRK DUN Nenggiri yang akan datang.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), dipetik berkata berdasarkan sentimen rakyat kini, beliau yakin parti itu dapat mempertahankan kerusi DUN Nenggiri meskipun bertanding menggunakan logo PAS.

Related Posts

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

KUANTAN – Keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menarik balik sijil halal dimiliki dua syarikat berpengalaman luas dan terbabit secara langsung dalam industri penyediaan makanan di negeri ini dilihat sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

BINTANGOR – Penyelewengan 5,030 liter diesel terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei menyerbu sebuah premis di Sungai Medor, di sini pada Khamis. Tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000