PRK Mahkota: SPR giat buat persiapan sebelum hari mengundi

KLUANG – Berbaki kurang 24 jam sebelum hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan kelancaran proses berkenaan.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, persiapan dilakukan membabitkan 1,126 petugas yang akan ditempatkan di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan 109 saluran dibuka.

“Pada hari ini, kita membuat persiapan akhir sebelum menjelang hari mengundi esok dimana semakan borang dan dokumen berkaitan termasuklah pemeriksaan dakwat serta kertas undi bagi tujuan PRK nanti.

“Dalam masa sama, kita turut mengingatkan para pengundi supaya membawa kelengkapan maklumat mengundi seperti kad pengenalan bagi memudah dan melancarkan proses pengundian berlangsung.

“Cuaca diramalkan hujan pada sebelah petang jadi para pengundi dinasihatkan untuk merancang perjalanan ke pusat mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Tunku Ismail Ibrahim, di sini, hari ini.

Ikmalrudin dalam pada itu menyeru para pengundi untuk keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka pada masa ditetapkan dan menyemak terlebih dahulu pusat mengundi masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata, proses berkempen juga berjalan lancar dengan semua pihak memberi kerjasama kepada SPR.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

DUN Mahkota yang terletak di dalam Parlimen Kluang memiliki keseluruhan 66,318 pengundi berdaftar.

Related Posts

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

PIHAK yang mendesak pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu memahami sejarah kenegeraan sehingga terbentuk Perlembagaan negara. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi dan Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan, jika ada sebarang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Thailand-Kemboja perlu henti provokasi bermula malam ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, bermula 10…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM