PRK Ayer Kuning: PN johan, pakar provokasi – Ahmad Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan agar jentera BN supaya tidak melakukan provokasi terhadap pihak lawan semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berlangsung.

Ini kerana, ujarnya, BN tidak perlu mengikut cara pihak lawan terutama Perikatan Nasional (PN) yang sememangnya pakar dalam tindakan provokasi bagi meraih sokongan.

Beliau menasihati supaya BN menggunakan tempoh dua minggu berkempen dengan sebaiknya melalui pendekatan berkempen secara sihat dan bersih.

“Tempoh dua minggu semestinya satu tempoh yang pendek. Jadi, gunalah waktu berkempen dengan sebaiknya.

“Kita (BN) jangan memprovokasi pihak lawan sebab cara itu mereka (PN) adalah johan dan kepakaran bagi mereka,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri sebaliknya meminta jentera BN terus mengamalkan politik matang dalam berkempen bagi memastikan parti itu mengekalkan kemenangan di kerusi N48 ini.

“PN akan cuba menggunakan pelbagai provokasi untuk rakyat memilih mereka.

“Biarpun tidak memberi kesan kepada Kerajaan Negeri, namun mereka (PN) minta undi calon pembangkang kononnya untuk bagi kerajaan goyang,” katanya.

Justeru itu, Ahmad Zahid menegaskan, kemenangan 33 kerusi harus dikekalkan dalam memastikan BN dapat membawa suara rakyat pengundi DUN Ayer Kuning selain meneruskan agenda Allahyarham Ishsam Shahruddin yang tertunda.

“BN harus menang untuk terus kekalkan 33 kerusi dalam Kerajaan Negeri.

“Arwah Ishsam merupakan wakil rakyat yang baik dan membawa kemajuan kepada Ayer Kuning,” jelasnya.

Sehubungan itu, Presiden UMNO itu turut berjanji sekiranya calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan cemerlang, pihaknya akan membawa pembangunan yang diminta untuk penduduk Ayer Kuning.

Pada 22 Februari lalu, kerusi N48 Ayer Kuning kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin,meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini.

Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memperoleh majoriti 2,213 undi dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru.

Pakatan Harapan (PH) memperolehi 6,875 undi, calon PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang diwakili Bawani KS, memperolehi undian sebanyak 586.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan