PRK Ayer Kuning: Isu penyuraian trafik pekan Tapah disambut baik

ISU penyuraian trafik di pekan Tapah sebelum ini adalah antara isu panas yang menghantui penduduk Tapah, di sini, khususnya melibatkan penjaja kecil yang terjejas.

Biarpun begitu, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, Allahyarham Ishsam Shahruddin, tidak pernah jemu dalam memperjuangkan isu ini untuk keadilan serta kesenangan para pengundinya.

Isu itu semakin reda bahangnya apabila, Kerajaan Negeri Perak sedang melaksanakan secara berfasa bagi penambahbaikan sistem laluan sehala di kawasan terbabit bagi meningkatkan kelancaran aliran trafik demi keselesaan rakyat.

Bukan dek kerana sedang berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning, tetapi itulah usaha berterusan yang dibawa oleh Allahyarham buat rakyat Tapah.

Terdahulu, sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, telah mengumumkan perlaksanaan penambahbaikan melibatkan dua fasa utama.

Fasa pertama ujarnya, melibatkan kerja-kerja penambahbaikan laluan sehala sedia ada bermula 7 hingga 30 April ini.

Ia melibatkan turapan semula jalan, pembinaan pembahagi jalan, pemasangan papan tanda, garisan baharu serta pembukaan laluan ke Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melalui Jalan Tapah Road.

Hasil tinjauan The Malaysia Press (TMP) di sekitar pekan Tapah, mendapati, kerja-kerja tersebut sedang giat dilaksanakan.

Seorang peniaga, Raziatul Ain Abdul Razak, 24,berkata,sebagai antara penjaja kecil di situ, dia menyambut baik usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam isu penyuraian trafik di pekan Tapah.

“Bagi saya, laluan sehala ini lebih baik berbanding sebelum ini.

“Aliran trafik menjadi lancar secara keseluruhan walaupun ada masa sesak apabila penambahan kenderaan ketika waktu puncak,”katanya kepada TMP.

Manakala seorang lagi peniaga yang dikenali sebagai Weng Chong, 36, pula berkata, perniagaan beliau tiada terkesan dengan isu jalan.

Weng Chong, 36

“Sudah 50 tahun kami berniaga di sini, sejak daripada ayah lagi.

“Berkaitan isu trafik, tidak memberi kesan ketara sebab kami punyai pelanggan tetap.

“Orang tetap akan cari, walaupun terpaksa parking sedikit jauh selepas ini,”kata peniaga kedai jam itu.

Saarani sebelum ini berkata, inisiatif penyuraian trafik ini merupakan langkah jangka panjang yang dirangka berdasarkan kajian menyeluruh bersama agensi berkaitan.

Bagi Zali Ramli, 28, pula berkata, isu jalan sehala ini tidak memberi kesan besar, cuma dia mengharapkan supaya lebih banyak kawasan pakir terutama berhampiran kaki kedai.

Zali Ramli, 28

“Ini bagi memudahkan pengguna memakir di kawasan yang lebih dekat dengan kawasan kedai perniagaan kami,”pintanya.

Sebelum ini, masalah kesesakan lalu lintas di Tapah sudah berlarutan sejak sekian lama terutamanya ketika musim perayaan, cutinsekolah, hujung minggu serta waktu puncak.

Malah, Saarani juga berkata, pihaknya telah mengenal pasti satu lokasi strategik yang dicadangkan sebagai tapak penempatan semula penjaja.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak juga percaya rakyat Perak khususnya warga Tapah, matang dan rasional dalam menilai usaha kerajaan.

Segala usaha ini bukan untuk menyulitkan rakyat, sebaliknya dilaksanakan berdasarkan kajian menyeluruh sebagai perancangan jangka panjang demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat, khususnya di Tapah untuk akan datang,”katanya.

Malah apabila kedua-dua fasa ini siap kelak, aliran trafik dijangka menjadi lebih lancar selain urusan perniagaan, pergerakan pelancong, penghantaran logistik dan aktiviti masyarakat akan menjadi lebih efisien serta selamat.

Fasa kedua nanti akan melibatkan pembinaan jalan baharu iaitu laluan pintas yang dijangka bermula tahun 2025 ini dengan kos sebanyak RM17 juta melalui peruntukan pembangunan negeri.

Laluan sepanjang 300 meter tersebut akan berfungsi sebagai laluan alternatif bagi pengguna dari Cameron Highlands ke Kampar dan Bidor tanpa perlu melalui pekan Tapah.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang