Prinsip belajar sepanjang hayat wajar diterapkan dalam diri untuk capai impian

SRI AMAN – Prinsip belajar sepanjang hayat wajar dijadikan amalan dalam diri setiap individu bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, dinamik, yakin, dan berdaya saing dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin mencabar.

Belajar tidak seharusnya terhenti selepas menamatkan pengajian formal, malah ianya perlu diteruskan sepanjang kehidupan melalui pelbagai kaedah termasuk pengalaman kerja, pembacaan, interaksi sosial, penggunaan teknologi digital, dan sebagainya.

Demikian menurut Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar), Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang begitu menekankan betapa pentingnya pembelajaran dalam kehidupan.

Beliau berkata, amalan meneruskan pengajian dan belajar sepanjang hayat ini menuntut setiap insan untuk sentiasa bersikap terbuka terhadap ilmu baharu, berani mencuba sesuatu di luar kebiasaan serta menjadikan setiap cabaran sebagai peluang pembelajaran.

“Dalam era teknologi yang pantas berubah, kemampuan menilai serta menggunakan maklumat secara bijak turut menjadi kemahiran penting agar tidak terpengaruh dengan sumber yang tidak sahih,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah, selain penguasaan pengetahuan dan kemahiran, prinsip belajar sepanjang hayat juga menekankan pembentukan nilai dan akhlak sebagai teras, bagi memastikan ilmu yang diperoleh mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat.

“Walaupun dengan kesibukan bekerja, anak-anaklah penyumbang motivasi dan mahu saya meneruskan pengajian. Jadi saya ambil cabaran itu dan kini meneruskan pengajian kedoktoran di UNIMAS.

“Saya percaya dengan prinsip belajar sepanjang hayat bahawa ianya akan memberi manfaat kepada seseorang itu. Dan saya harap ianya akan memberi kebaikan kepada orang lain,” jelas beliau lagi.

Untuk rekod, Rohani turut memegang beberapa jawatan penting selain Penasihat di Pejabat Premier Sarawak iaitu Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA), Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pengerusi Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Naib Pengerusi 1, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarawak, dan Penasihat Persatuan Promosi Matlamat Pembangunan Lestari, Sekretariat kepada APPGM-SDG.

Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Doctor of Business Administration (DBA (PhD) telah menerima anugerah dekan dengan PNGK 4.0 hasil kecemerlangannya dalam 2 semester pengajian berturut-turut sebelum ini mana Majlis Penyampaian Anugerah Dekan itu telah diadakan di UNIMAS.

Majlis seumpama itu diadakan sekali setahun bersempena bagi meraikan para pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang DBA yang cemerlang setelah mencapai PNGK 3.50 ke atas dalam satu semester

Manakala untuk maklumat tambahan bagi projek-projek dan peruntukan di bawah seliaan SADA pula, lebih kurang 90 peratus peruntukan SADA telah digunakan untuk memperkasa pembangunan di bahagian Sri Aman.

Terdapat 80 projek keseluruhan di bawah seliaan SADA di mana 10 daripadanya telah siap antaranya development of Orangutan River-Side Observatory Huts at Batang Ai Ecotourism Complex, Lubok Antu, cadangan Pemasangan Lampu Isyarat di Beberapa Persimpangan Utama Sepanjang Jalan Akses Sri Aman (Q7), Longboat Jetty at Rantau Kemayau Manis, Lubok Antu, Proposed Renovation and Upgrading Works for the Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Training Centre in Sri Aman dan development of Ranger Station / Post at Ulu Batang Ai.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16