Primula Beach Hotel anjur korban perdana bersama komuniti

KUALA TERENGGANU – Menjadi kebiasaan pihak kariah masjid dan komuniti setempat menganjurkan ibadah korban setiap kali sambutan Aidiladha.

Bagi memeriahkan sambutan Aidiladha tahun ini, Primula Beach Hotel tidak ketinggalan mengadakan program korban perdana di perkarangan hotel mereka, dekat sini.

Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Hajjah Suaibah Harun berkata, tujuan utama penganjuran program adalah untuk menunjukkan semangat kebersamaan antara pihak hotel dan komuniti sekitar.

“Ia bukan sekadar satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) semata-mata, tetapi paling penting ialah nilai hubungan baik antara kami dan masyarakat setempat,” katanya ketika berucap ringkas merasmikan program itu, pagi tadi.

Acara korban perdana itu bermula kira-kira jam 8 pagi dan diadakan secara bergotong-royong mendapat sambutan baik daripada penduduk sekitar hotel berkenaan.

Untuk program korban kali ini, pihak Primula Beach Hotel mengorbankan empat ekor lembu yang disertai pelanggan dan penduduk yang mengambil bahagian korban.

“Kita mendapat sokongan daripada pelanggan setia kami dan juga penduduk yang mengambil bahagian dalam ibadah korban itu.

“Selain membahagikan daging lembu yang siap dilapah kepada peserta korban, kita juga mengagihkan daging kepada penduduk setempat yang layak menerimanya,” kata Hajjah Suaibah lagi.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan