Presiden Maldives terima sambutan rasmi di Perdana Putra

PUTRAJAYA – Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu menerima sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Ketibaan beliau disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 9 pagi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan anggota Jemaah Menteri.

Muizzu, dalam lawatan empat hari ke Malaysia, memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan daripada 102 anggota dan tiga pegawai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada 17 November 2023.

Menerusi satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan bahawa kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan hubungan dua hala Malaysia dan Maldives, khususnya sektor perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta belia dan sukan.

Kedua-duanya juga akan membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai berkepentingan bersama.

Dalam lawatan itu, tiga Memorandum Persefahaman (MoU) akan bertukar, meliputi kerjasama dalam pelancongan, sukan dan kesihatan.

Selain itu, dua dokumen Pertukaran Nota (EoN) mengenai Latihan Diplomatik dan penubuhan Konsultasi Dua Hala antara Malaysia serta Maldives.

Pada 29 Selasa, Muizzu akan dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan Madani oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Penganugerahan ijazah kehormat ini akan disempurnakan oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selaku Ketua Perlembagaan UIAM,

Dalam majlis itu, Muizzu akan menyampaikan syarahan bersempena penganugerahan tersebut, Muizzu juga akan menyampaikan syarahan umum bertajuk “The Intellectual Renaissance: Unveiling the Scientific and Modern Developments of Islamic Civilisation”.

Beliau diiringi beberapa menteri Kabinet Maldives, termasuk Menteri Luar Dr Abdulla Khaleel.

Untuk rekod, pada 2024, jumlah dagangan Malaysia dan Maldives mencatat peningkatan sebanyak 4.3 peratus kepada RM862.7 juta (AS$189 juta), berbanding RM827.3 juta (AS$180.9 juta) pada 2023.

Maldives adalah rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran