PPM Karamunting mohon penggantian paip air usang lebih 40 tahun

SANDAKAN – Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh memohon Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk menggantikan paip jenis ‘Asbestos Cement’ (AC) yang usang, berusia lebih 40 tahun di kawasan Karamunting.

Beliau berkata, ini susulan kebocoran bekalan air paip yang berterusan di beberapa kawasan sekitar.

Katanya, beliau bersama-sama dengan pekerja konsesi kontraktor JANS membuat tinjauan kebocoran bekalan air paip yang ketiga.

“Kebocoran ini terlepas pandang semasa kerja-kerja pembaikan paip yang lain dijalankan baru-baru ini.

“Aduan mengenai kebocoran ini telah dibuat sekali lagi pada petang kelmarin,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Tambahnya, seorang penduduk juga melaporkan kepada Chew bahawa terdapat kemungkinan kebocoran paip yang keempat di kawasan berhampiran.

Chew berkata akan memohon agar JANS melakukan pemeriksaan lanjut untuk memastikan perkara tersebut.

Pada masa sama, Chew turut merakamkan penghargaan kepada JANS atas keprihatinan dan tindakan pantas dalam menjalankan kerja pembaikan.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti